in

“Alhamdulillah Allah selamatkan aku” – Cepat Bertindak, Lelaki Ini Kongsikan Petanda Kepala Air

Ft Mandi Air Terjun Sebelum Kepala Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan sekarang tempat-tempat riadah seperti, tepi pantai, taman rekreasi dan kawasan tepi sungai kini sedang menjadi spot utama pengunjung ekoran dengan kelonggaran dan peralihan Fasa Pemulihan Negara.


Namun begitu, tempat-tempat ini biasanya akan ada risikonya, lebih-lebih lagi sekarang ini hujan dah mula turun. Dengan cuaca begini, di kawasan sungai, risiko untuk alami kepala air sangat tinggi.

 

“Kalau time mandi perkara ni terjadi, please GET OUT IMMEDIATELY!!!”

Perkara ini dilalui sendiri oleh Haziq Danial sekeluarga sewaktu mereka berkelah di Air Terjun Batu berangkai, Kampar, Perak baru-baru ini.

Ketika sedang seronok bermandi mandi di kawasan Air Terjun tersebut, tiba-tiba Haziq dapat rasakan sesuatu sebelum terjadinya kepada air yang boleh menghanyutkan dan meragut nyawa itu.

Katanya menerusi laman Twitter, mereka sekeluarga selamat kerana cepat bertindak.

Tanda awal kepala air ialah hujan/mendung di hulu tadahan sungai, bunyi arus makin kuat dan air start keruh dgn byk daun hanyut. Kalau time mandi perkara ni terjadi, please GET OUT IMMEDIATELY!!!”

Mandi Air Terjun Sebelum Kepala Air

Sedang seronok mandi tiba-tiba hujan turun, namun apabila melihat air jadi keruh, mereka sekeluarga bergegas lari ke tebing kerana tahu itu adalah petanda bencana yang paling bahaya di sungai.

Buktinya dapat dilihat dalam gambar ini dan kepala air berlaku dalam masa 10 minit sahaja.

Air yang pada mulanya jernih tiba-tiba jadi keruh tak sampai sejam, apa pun mujurlah mereka semua selamat, perkara ini terjadi pada 2 hari lepas dan ia telah meraih lebih daripada 5,000 jumlah retweets. Rata-rata netizen turut bimbang apabila melihatnya dan masing-masing berpendapat bahawa musim-musim hujan sekarng ini memang tak elok mandi sungai.

Baca : “Ni yang bahaya bila mandi air terjun” -; [VIDEO] Tengah Sedap Duduk Atas Batu, Kepala Air Muncul Tiba-tiba

Collage 54

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.