in

Emak Bantai Anak Perempuan Dengan Batang Besi Sampai Lebam Kerana Masih Single Walaupun Umur Dah 30 Tahun!

Memukul Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Emak mana yang tak risau kalau anak perempuannya yang dah hampir berusia 30 tahun masih tak kahwin-kahwin lagi kan?


Tapi tahap marah atau risau seorang ibu ni extreme jugaklah sampaikan dia kena tangkap gara-gara memukul anaknya disebabkan anak gadis itu masih lagi single! Pulakkk… 

 

Pukul anak sampai berdarah dan lebam teruk! 

Menurut South China Morning Post, wanita dengan nama Wang yang berasal dari timur China ini telah mengggunakan sebatang besi untuk memukul anak perempuannya yang berusia 30 tahun berkali-kali sehingga wanita itu berdarah dan mempunyai kesan lebam.

Sebabnya? Si emak ni katanya tak gembira langsung bila anak perempuannya masih tak berkahwin walaupun usia dah menjangkau 30 tahun dan dia jugak complaint kenapa anak dia tak dapat gaji yang tinggi dalam pekerjaan sebelum ni. Alahaiii.. 

W644 2
sumber: wob

 

“Pukul anak sendiri, bukan orang lain!” 

Menurut pihak polis, gadis itu pernah kena pukul banyak kali pada masa dulu dan dia sudah pun membuat laporan polis sebanyak dua kali pada Ogos lepas.

Walau bagaimanapun, dalam kedua-dua kejadian, luka yang dialami gadis itu tidaklah terlalu serius dan ibu serta anak tu telah diberikan surat amaran yang perlu ditandatangani mereka berdua.

20140726 Ironrod St
Batang besi yang digunakan wang | sumber: wob

Namun selepas report yang ketiga, Wang akhirnya kena tahan kerana polis tengok luka pada badan anaknya makin memburuk. Anaknya mengalami kecederaan pada bahagian tangan, punggung dan kaki. 

Tapi yang peliknya, bila polis arahkan Wang dan anaknya ke balai polis untuk siasatan lanjut, Wang membantah dengan alasan, “saya pukul anak sendiri, bukan orang lain.” Adoi!

 

Kena bayar RM47,000 pampasan kepada anak

Apa-apapun selepas ditahan polis, Wang katanya boleh dibebaskan lepas dia membayar pampasan sebanyak 80,000 yuan atau RM47,300 kepada anaknya, Lin. Wang yang mendengar amaun tu hampir pengsan tapi lepas dipujuk beberapa saudara, akhirnya dia bersetuju.

Kata Wang, punca dia dan anak bergaduh ialah kerana anaknya degil dan tak mahu membuat kerja rumah.

“Saya memang marah betul dengan dia dan beritahu kalau dia cakap lagi, saya akan tampar dia. 

“Dia kata pada saya, ‘buatlah’. Saya nampak besi di dapur, lalu saya ambil dan memukulnya. Dia kemudian melarikan diri,” kata Wang.

gambar hiasan

Wang dan anaknya difahamkan kerap bergaduh kebelakangan ini selepas gadis itu mendapat tahu yang ibu bapanya membeli sebuah flat buat abangnya dan menyangka mereka lebih menyayangi si abang daripadanya.

Haih macam-macamlah! Kalau ye pun janganlah balun anak sampai lebam macam tu. 

Baca: “Tu pun nak pukul?” – Suami Takut Nak Halang Isteri Pukul Anak Dengan Besi Sampai Mati Sebab…

Pukulll

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.