“Elok melekat” – Netizen Terkejut Tengok Uncle Ni Bawa Iguana Naik Moto

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ramai antara kita yang memiliki haiwan peliharaan. Antara haiwan peliharaan yang biasa kita tengok ialah kucing, anjing, ikan, hamster. Tak kurang juga yang ada bela haiwan eksotik contohnya labah-labah, ular atau iguana.

Kali ni admin nak share pasal seorang uncle yang memiliki seekor iguana. Dengar macam biasa kan, apa yang menarik perhatian ialah uncle ni bawak iguana peliharaanya jalan-jalan naik moto. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok video oleh @jack_immortal97 kat bawah ni.

Melekat elok

Mula-mula admin ingat kucing, bila tengok lama-lama baru perasan yang melekat tu iguana. Comel je tengok iguana tu melekat dekat belakang uncle tu. Tapi tak sakit ke kena kuku dia?

Amboih nak bawak biawak. Kalau admin nampak ada orang bawak biawak naik moto, memang admin pecut dulu. Terkejut weh. Iguana ni boleh tahan lah lagi.

Admin rasa orang dekat situ dah biasa nampak kot uncle ni bawak iguana dia naik moto melekat macam tu. Kalau first time tengok mesti terkejut. Dah biasa tu takde lah nak kisah sangat kan. 

Tu yang admin kagum tu. Elok je dia melekat macam tu. Mesti dah banyak kali bawak berjalan kan. 

 

Baca: “Dia ingat raya lagi kot”-Biawak Sebesar Buaya Panjat Pagar Rumah Lelaki Di Johor Buat Netizen Pecah Perut

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.