in

“Elok antar dia anak beranak sedut semua gas”- Kaitkan Isu Keracunan Gas Kimia Dengan Vaksin, Netizen Menyumpah Suhaimi Saad

Suhaimi Lah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin ni sebenarnya dah tak tahu nak beri komen apa dah kalau ada isu berkaitan Suhaimi Saad ni. Terdahulu, kecoh sekejap isu penyanyi nasyid ni nak buat seminar keibubapaan kepada pengikut setianya. Tapi kali ini lain pulak ceritanya.


Ingin sentiasa up-to-date dengan isu-isu semasa, Suhaimi nampaknya telah memberi komen mengenai berita keracunan gas kimia yang berlaku di Pasir Gudang baru-baru ni. Namun komen Suhaimi ni bukan mengundang simpati, malah amarah pulak dari kalangan netizen. 

Korang baca lah sendiri ye apa yang ditulisnya… 

 

“Vaksin bukanlah segala-galanya. Allah Maha Kuasa. Makhluk tak ada Kuasa” 

Menerusi postingnya di Facebook, Suhaimi telah mengaitkan isu vaksin dengan keracunan gas metana di Pasir Gudang.

Mosus
sumber: facebook

Admin agak, tujuan disebalik posting ini adalah untuk memberitahu bahawa suntikan vaksin itu tidak membawa apa-apa makna pun kerana manusia masih boleh alami keracunan gas kimia walaupun sudah mendapat suntikan vaksin yang kononnya boleh mencegah pelbagai penyakit.

Macam manapun pendirian Suhaimi mengenai isu ni… admin rasa, apa yang dia cakap ni sangat tak masuk akal!

 

“Apa kaitan vaksin dengan gas?? Kau ingat vaksin tu macam serum super soldier yang cucuk kat Cap America ke” 

Kalau korang dah mula menyumpah di dalam hati lepas baca posting kat atas tu, bayangkanlah perasaan netizen yang lain sekarang! Posting yang telah mendapat 1.2k shares ini memperoleh hampir 80% kata-kata kecaman daripada netizen.

Kebanyakannya tak faham kenapa Suhaimi perlu kaitkan isu keracunan gas dengan vaksin. Apa kena mengena pulak sakit kena racun gas dengan tak suntik vaksin kan?

Apa Kena Mengena
sumber: facebook

 

“Jauhkanlah keturunanku dari kebodohan yang tak boleh diajar” 

Ternyata statement yang dikeluarkan Suhaimi atau dikenali sebagai Mosus ni hanya membuatkan orang ramai memandangnya sebagai ‘tak masuk akal’ atau dalam erti kata lain, sengaja menampakkan diri sendiri ‘bodoh’. Kesian…

Stupid
sumber: facebook

Buat penduduk di Pasir Gudang, endahkan je lah kata-kata si Mosus ni. Kita doakan semoga dia sedar akan kesalahannya satu masa nanti.

Baca: “Bayar dulu baru bagitahu” – Suhaimi Saad Rahsiakan Venue Seminar Keibubapaan, Takut Keselamatan Terancam & Privasi Terganggu

Mosusss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.