in

“Dulu income cecah 15k sebulan” – Isteri Mengaku Dah Tak Ada Rasa Sayang Lepas Bisnes Suami Lingkup, Ada Lelaki Lain

Isteri Tak Guna

Melalui Facebook Kisah Rumah Tangga, seorang wanita menceritakan tentang kisah hidupnya bersama suami yang kini sudah tidak lagi bekerja. Perkongsiannya bagaimanapun mendapat kritikan ramai netizen yang menganggapnya ibarat tak kenang budi.

 

Dulu hidup senang, income suami ‘berkepuk-kepuk’

Dulu, suaminya berharta. Dulu, pendapatan suaminya mencecah RM10,000 hingga RM15,000 sebulan. Namun, kekayaan yang dinikmati tidak berkekalan apabila bisnes suaminya lingkup disebabkan perbuatan khianat serta dengki.

Kereta1

 

Jadi pemandu Grab, nafkah RM100

Kata wanita itu, sejak tidak mempunyai pendapatan tetap suaminya mula ‘berkira’ dengannya. Dia yang juga bekerja menanggung semua perbelanjaan dan suami juga sering meminjam duitnya.

Dulu suami saya tak kedekut, tapi sejak dia tak ada income, dia mula kurang beri apa-apa pada saya. Sekarang suami kerja sebagai pemandu Grab. Pastu nafkah sebulan bagi RM100.”

Saya pula bekerjaya. Semua saya tanggung. Suami asyik pinjam duit saya. Tidak dinafikan dia suami yang baik. Banyak tolong saya buat macam-macam kerja. Cuma dia selalu tak berduit.”

Pinjam

Katanya, sepatutnya suami dapat bayaran RM2,000 dari kerja kontrak namun telah ditipu. Kini, suaminya hanya terlantar dan tidak mampu bekerja disebabkan terkena serangan strok.

 

Dah malas jaga suami, dah tak ada perasaan

Sekarang dia tengah sakit sebab kena strok. Saya pula kenal dengan seorang lelaki dan saya sudah malas nak jaga suami sebab dia pun asyik sakit pastu nak kena jaga. Dah lah saya nak kerja.”

Pernah sekali saya cakap nak minta fasakh. dia setuju tapi mak ayah saya tak setuju sebab dulu suami layan mak ayah saya baik, bagi macam-macam. Tapi saya dah tak ada perasaan pada suami. Mak ayah pulaukan saya. Dan mak ayah cakap kalau kami cerai, mak ayah yang akan jaga suami.

Sedangkan saya ni adalah anak mereka. Salah ke min (admin) saya nak cari kebahagiaan hidup saya?”

 

“Sis nilai lah diri sendiri”

Ramai netizen yang membaca perkongsian wanita tersebut di page Facebook KRT itu mengkritik tindakannya yang tidak sanggup hidup susah bersama suami sedangkan ketika berduit suaminya menjaganya dan mentua dengan baik.

Selain itu, ada juga beberapa netizen yang berkata mereka yakin suaminya itu merupakan seorang suami dan menantu yang baik sehinggakan ibu bapanya sanggup nak jaga kalau pasangan itu bercerai.

Komen 1

 

Di mana janji susah senang bersama? Hmm

Baca: “Cinta sampai hujung nyawa” – Suami Meninggal Selang Sejam Selepas Isteri Menghembuskan Nafas Terakhir

A1 6

Sumber: Facebook