in

“Dua warga asing positif Covid-19”- Malaysia Catat Dua Lagi Kes Baharu COVID-19

Combine Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wabak Covid-19 boleh dikatakan semakin hari semakin bertambah jika tiada tindakan sewajarnya yang dilakukan.


Terbaharu, Malaysia mencatat dua lagi kes Covid-19 yang melibatkan dua warga asing dari Jepun dan Itali. Hmm, bertambah lagi kes ni dekat Malaysia. 

Sebanyak 25 kes dimana tiga daripadanya masih mendapat rawatan dan 22 yang lain telah pulih dan dah dibenarkan untuk pulang.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, wanita yang berusia 41 tahun berasal dari Jepun pernah pergi ke Indonesia pada awal bulan ini dan ke Jepun pada awal Januari lalu.

Dia didapati mempunyai gejala demam dan mendapat rawatan pada 17 Februari sebelum dipindahkan ke hospital swasta- Lapor, Sinar.

Apa2

Kes ini disahkan pada 27 Februari selepas ujian pengesahan Covid-19 dilakukan .

Dia telah dirawat di wad isolasi Hospital Kuala Lumpur, tambahnya. Ok lah kalau dah dapat rawatan susulan

Seorang lagi warga asing yang berasal dari Itali mendapat gejala seperti demam, batuk dan sakit sendi di badannya selepas pulang dari Itali. Sebelum ini, lelaki berusia 54 tahun itu pernah pergi ke negara asalnya atas urusan kerja pada 15 hingga 21 Februari lalu dan disahkan positif Covid-19 pada hari ni.

Dia telah dihantar ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh untuk mendapat rawatan dan pemantauan sepenuhnya.

Harapnya, wabak ni dapatlah ditangani dengan sebaik mungkin untuk tujuan keselamatan orang ramai. Korang pun kena buat langkah berjaga-jaga tau. 

Baca : “Tolonglah bantu kami lawan wabak ni” – Sedih, Pasukan Perubatan Wuhan Terlalu Letih Sampai Merayu Minta Bantuan Luar

Covid 19 1

 

Sumber: Sinar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.