in

Dr Noor Hisham Tunjuk Bukti Kadar Kebolehjangiktan Covid-19 Menurun Sepanjang PKPB Dilaksanakan

Ro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Angka kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (R0) di Malaysia kini sudah pada kadar 1.1, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Kadar ini berkurang ke 1.1 daripada 2.2 ketika gelombang ketiga bermula pada 20 September lalu adalah berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau juga mengatakan bahawa berdasarkan unjuran kadar R0 2.2, kes harian dijangka mencecah 4,500 tetapi beriikutan PKPB di Lembah Klang dan Sabah, ia telah berjaya menurunkan R0 menjadi 1.5, lapor Malay Mail.

Terdapat 1,228 kes pada 24 Oktober dan 1,240 kes pada 26 Oktober melebihi 1.5. Tetapi jika kita melihat rata-rata sekarang ia kurang dari 1.5 dan kami mendapati bahawa R0 sekarang telah berkurang menjadi 1.1″

Noor Hisham 28102020

Jelas disini bahawa bahawa sejak PKPB dilaksanakan, sejak 14 Oktober hingga sekarang, kadar kebolehjangkitan boleh menurun.

Pun begitu, beliau mengatakan perlu untuk kita meningkatkan lagi usaha kesihatan awam di lapangan bagi mengurangkan kadar R0 menjadi kurang dari 1.0.

Oleh yang demikian, dia mengingatkan orang ramai untuk terus bekerjasama dalam memutuskan rantai jangkitan Covid-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan duduk di rumah.

Tambahnya lagi, dengan kadar pengurangan R0 sehingga 1.0 itu, ia akan membantu melandaikan lengkungan kes jangkitan.

 

Baca : “Mungkin selepas 31 Oktober, kita tak ada 3 digit dah, kita dah 4 digit” –  Tan Sri Dr Noor Hisham

Dghisham 1

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.