in

Dr Hisham Dedah Statistik Mengejutkan, Tiga Bulan Pertama 2021, Malaysia Laporkan 4 Kes Bunuh Diri Sehari

Collage 80

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.


Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan statistik mengejutkan dengan menunjukkan angka kes bunuh diri di Malaysia pada tiga bulan pertama tahun ini meningkat lebih dari separuh berbanding yang dilaporkan sepanjang tahun 2020.

Menurut FMT, kadar kes bunuh diri pada tiga bulan pertama tahun ini adalah sebanyak empat kes sehari dengan 366 kes dilaporkan kepada pihak polis.

Memetik data dari pihak polis, Dr Hisham mengatakan pada tahun 2020, sebanyak 631 kes bunuh diri dilaporkan dan ianya ternyata meningkat dari 609 kes dilaporkan pada tahun 2019.

Dr Hisham mengatakan, individu yang terpinggir dari sistem sokongan mereka dan di bawah tekanan yang terlampau mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan.

Oleh kerana ini, Dr Hisham menyeru orang ramai untuk lebih peka dengan ahli keluarga dan orang terdekat supaya dapat mengesan simptom awal kemurungan yang boleh membawa kepada kecenderungan membunuh diri.

Man Stress 1200

Ini termasuklah perubahan sikap, meluahkan rasa putus asa atau merasakan kehadiran mereka seperti beban buat keluarga serta bercakap tentang bunuh diri secara lisan atau bertulis.

Jika mereka tunjukkan simptom-simptom yang disenaraikan, individu tersebut dinasihati untuk mendapatkan nasihat pakar bagi mengelakkan keadaan mereka menjadi lebih buruk.”

Malah, orang ramai juga boleh berkomunikasi secara efektif dengan individu yang mengalami kemurungan dengan mengambil serius masalah mereka, mendengar luahan serta menunjukkan empati dan elak dari menghukumi mereka.

Dr Hisham turut menasihatkan orang ramai untuk gunakan teknologi yang ada bagi menghubungi orang yang mengalami masalah kesihatan mental dan menghulurkan bantuan serta meminta mereka untuk mendapatkan khidmat profesional.

Selain itu, Dr Hisham turut meminta agar media memaikan peranan dalam memberikan laporan yang tepat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk menghormati keluarga mangsa dengan tidak merakamkan apa-apa video atau menyebarkan gambar di media sosial tentang individu yang membunuh diri.

Bunuh diri boleh dihalang, tapi posting tular di media sosial boleh menyebabkan ‘peniruan bunuh diri’ untuk individu yang berisiko.”

Jika korang atau individu terdekat mempunyai masalah kemurungan, tekanan atau masalah kesihatan mental yang lain, korang boleh hubungi hotline di bawah:

  • Mental Health Psychosocial Support Service (MHPSS): 03-29359935 or 014-3223392
  • Talian Kasih: 15999, or WhatsApp 019-2615999
  • Jakim’s Family, Social and Community care centre: WhatsApp 0111-9598214
  • Befrienders Kuala Lumpur: 03-76272929

 

Baca: Krisis Covid-19 India: Doktor Rawat Pesakit di ICU Bunuh Diri, Tertekan Tengok Banyak Kematian Setiap Hari

Screenshot 2021 06 30 At 2.10.22 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.