in

Krisis Covid-19 India: Doktor Rawat Pesakit di ICU Bunuh Diri, Tertekan Tengok Banyak Kematian Setiap Hari

Ft Doktorindia E1620442080233

Seorang doktor di India dilaporkan telah membunuh diri selepas sebulan bertugas merawat pesakit-pesakit Covid-10 di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Delhi.

Menurut laporan, doktor yang dikenali sebagai Dr Vivek Rai, 36 tahun itu ditemui mati oleh pihak polis di kediamannya di Malviya Nagar pada Jumaat lepas dan turut meninggalkan nota bunuh diri yang tidak didedahkan.

Covid1

Covid3

Difahamkan, pihak polis menerima maklumat bahawa D Vivek tidak membuka pintu selepas diketuk berkali-kali. Apabila tiba di kediamannya, polis menjumpai Vivek dalam keadaan tergantung di kipas siling menggunakan kain sari.

Pasukan jenayah dipanggil ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.”

Vivek tinggal di rumah itu bersama isteri yang beru dikahwininya pada November tahun lalu dan kini sedang hamil dua bulan. Berdasarkan perkongsian seorang doktor di Twitter, Vivek dikatakan doktor tetap di hospital terbabit dan menjaga pesakit kritikal setiap hari sejak sebulan lalu.

Dia bertugas di ruangan ICU dengan menjaga tujuh hingga lapan pesakit setiap hari. Selain daripada usaha para doktor, tak ramai pesakit yang mampu bertahan.”

Katanya lagi, Vivek tertekan dengan situasi dihadapinya apabila terpaksa menyaksikan ramai orang terseksa dan mati setiap hari dek kerana gelombang kedua Covid-19 di negara itu. Bekas presiden Indian Medical Association itu turut berkata keadaan kini membimbangkan dengan ramai frontliners seperti doktor alami gangguan emosi.

Kematian doktor muda dengan cara mengambil nyawanya sendiri ini menunjukkan betapa mereka kecewa dengan sistem, fasiliti dan cara kerja dalam dunia perubatan.”

Baca: [Video] Covid-19 India : Remaja Dakwa Ibu Maut Lepas Tangki Oksigen Wanita Itu Dirampas Polis & Diberi Kepada VIP

Polis2

Sumber: Reuters
Sumber: Reuters