in

“Doktor isytihar dah mati” – Disangka Sudah Mati, Bayi ‘Terjaga’ Semasa Nak Dikebumikan

Ft Bayi Final 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang dengar istilah ‘mati suri’? Hah, kalau korang nak tahu, istilah ‘mati suri’ ini adalah  mengambarkan seseorang yang disahkan telah pun meninggal dunia oleh doktor, namun akhirnya hidup kembali.


Dalam dunia neuroscience dan kedoktoran moden abad ke-20, istilah ini disebut sebagai NDE (Near-Death Experience). Pernafasan, detak jantung, dan fungsi otak individu itu mungkin masih berlaku, tetapi hanya dapat dikesan melalui peralatan teknologi kedoktoran yang lebih canggih.

 

Hidup semula sebelum nak dikebumikan

Baby 5

Seperti insiden yang berlaku kepada seorang bayi ini, dia pada awalnya disahkan telah meninggal dunia oleh seorang ahli farmasi tanpa kehadiran doktor.

Apa yang mengejutkan, bayi lelaki yang baru berusia 2 bulan itu dikatakan telah hidup semula beberapa minit sebelum hendak dikebumikan.

Menurut Daily Star, bayi itu telah dibawa ke Hospital Muttuck Tea Estate di daerah Dibrugarh, India pada Ahad yang lepas oleh ahli keluarganya gara-gara sakit.

Dia kemudiannya telah diisytiharkan ‘mati’ oleh seorang ahli farmasi di hospital itu disebabkan doktor yang sepatutnya merawat tiada pada masa itu.

 

Tiba-tiba ‘terjaga’ waktu nak dikebumikan

Keluarganya telah membawa pulang bayi berkenaan ke rumah dan melakukan segala persiapan untuk urusan pengebumiannya.

Namun, bayi itu tiba-tiba sahaja ‘terjaga’ dan bergerak-gerak apabila mereka baru hendak kebumikan bayi itu.

Mereka yang terperanjat dengan situasi itu terus sahaja bergegas untuk menghantar bayi itu ke hospital yang lain.

 

Tak dapat diselamatkan

Namun, malangnya bayi itu tidak dapat diselamatkan dan telah disahkan meninggal dunia sejurus tiba di sana.

Menurut doktor, bayi lelaki itu dikatakan masih lagi bernyawa ketika disahkan mati oleh pekerja perubatan di hospital yang terdahulu.

 

Tiada kebenaran untuk mengesahkan kematian

Baby 4

Lelaki yang bergelar ahli farmasi itu kini telah pun ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengisytiharkan kematian bayi malang berkenaan sedangkan dia tidak mempunyai autoriti untuk berbuat sedemikian.

Dipercayai juga bahawa bayi malang itu masih lagi boleh meneruskan kehidupannya sekiranya dia tidak disahkan meninggal dunia sekaligus menyebabkan ibu bapanya tidak dapat menghantar anaknya untuk mendapatkan rawatan perubatan lanjut dengan pantas.

Pihak polis di Lahowal telah menangkap lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Gautam Mitra pada hari Isnin lepas dan dia juga dikenakan tindakan undang-undang gara-gara membuat pengisytiharaan kematian tanpa pengesahan yang sahih dan tanpa kehadiran doktor.

Baca: Bagaikan Mati Hidup Kembali, Bayi Pramatang Hidup Semula Selepas 6 Jam Disahkan Tidak Benyawa Baca Hidup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.