in

Bagaikan Mati Hidup Kembali, Bayi Pramatang Hidup Semula Selepas 6 Jam Disahkan Tidak Benyawa

Ft Baby 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak dengar pepatah seperti mati hidup kembali yang membawa maksud terlepas daripada bahaya besar. Tapi kali ni, seorang bayi betul-betul mati hidup kembali. Literally!


Kejadian yang berlaku di Hospital La Margarita, Mexico semalam ternyata membawa kejutan kepada ramai orang termasuk ibu bapa bayi lelaki itu sendiri. Bagaikan mimpi, bayi pra matang yang disahkan mati selama enam jam, mula menangis semula.

 

Capture Baby

 

Bayi tersebut disahkan mati dipercayai kira-kira jam 4 pagi oleh doktor di bandar Peubla, namun pada jam 10 pagi sewaktu ‘mayat’ itu hendak diambil untuk urusan pengebumian, bayi itu mula bergerak dan menangis lapor Sinar Harian.

Terkejut dengan kejadian itu, pekerja pengurusan mayat tersebut memanggil bapa bayi itu untuk melihat ‘keajaiban’ tersebut sendiri.

Bayi tersebut dikatakan lahir sekitar jam 4 pagi dan dijumpai hidup pada pukul 10 pagi. Maknanya, bayi itu berada dalam peti sejuk mayat tersebut selama lebih kurang enam jam

Kami memanggil bapa kepada bayi lelaki itu dan dia juga nampak bayi itu menangis, jadi kami panggil doktor yang sahkan kematian bayi ini secepat mungkin – Pekerja Pengurusan Mayat, Miguel Angel Flores,

Kehidupan semula bayi itu turut mendatangkan banyak tanda tanya, dengan keadaannya yang lahir pra-matang serta ‘terperangkap’ selama enam jam dalam peti sejuk itu, semuanya bagaikan satu magik.

Saya tak faham macam mana dia boleh bertahan di dalam tu.. Peti itu digunakan untuk menjaga anggota badan yang diamputasi. Saya tak pernah rasai pengalaman seperti ini.

Dalam cuba memahami kebingungan yang melanda, bapa bayi yang tak bernama itu, dilihat memberi semangat kepada bayinya untuk terus bertahan.

 

Capture Baby.jpg 3

 

Ayah disini anakku, teruskan bertahan. Dia menangis, dia masih menangis, dia hidup. Kesian kamu, teruskan bertahan sayangku. Tuhan tolong jagakan anak ini, dia masih hidup

Sebak pula min bila ayah dia doa macam tu, siapa je tak sayang anak kan. Ni kira macam peluang kedua buat kedua ibu bapa bayi itu.

Kejadian tersebut mula tular menerusi sebuah video telah mencetuskan kemarahan orang ramai, hingga mereka menyarankan supaya hospital tersebut disaman.

Bagaimanapun kejadian tersebut sedang disiasat punca bayi itu diletakkan dalam peti sejuk mayat.

Min pun keliru, bayi tu memang disahkan mati ke atau salah hospital. Macam mana pun bersyukur la baby tu dipanjangkan usia…

 

Baca : Ibu Sakan ‘Shopping’, Tak Perasan Dua Anak Main Dalam Baby Stroller Sampai Jatuh Eskalator

Capture 9 7

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.