“Doakan bisnes ibu berjaya” – Hidayah Ternampak Kereta Arwah Abam Atas Jalan Undang Sebak Netizen

Tambah ke Sumber Pilihan
“Doakan bisnes ibu berjaya” – Hidayah Ternampak Kereta Arwah Abam Atas Jalan Undang Sebak Netizen

Bila orang yang kita sayang dah pergi buat selamanya, pasti ada kalanya terkenang detik-detik indah bersama jika ada sesuatu perkara yang terjadi atau barang yang pernah menjadi miliknya semasa berada di sisi.

Pastinya rasa sayu menyelubungi diri balu Allahyarham Abam, Noor Hidayah Mohd Ali ini ketika melihat MPV milik arwah suaminya itu di jalan raya.


“Ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya”

Dalam video yang berdurasi 23 saat di TikTok miliknya, Hidayah menyatakan Toyota Vellfire itu hanya tinggal kenangan kerana dah ada pembeli lain.

“Ternampak kereta Arwah suami, hanya tinggal kenangan Hamzah nanti doakan bisnes ibu berjaya, boleh ibu beli kereta macam arwah ayah, ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya.”

Dalam masa 17 jam, video itu telah meraih sebanyak 2.7 juta jumlah tontonan. Rata-rata netizen turut sebak apabila melihatnya.

Semoga dilimpahkan rezeki – Netizen

Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar Hidayah sentiasa murah rezeki dan dapat membesarkan anaknya dengan baik, malah dapat gantian yang lebih baik.

Hidayah Nampak Kereta Arwah Abam Hidayah Nampak Kereta Arwah Abam 2 Hidayah Nampak Kereta Arwah Abam 3 Hidayah Nampak Kereta Arwah Abam 4 Hidayah Nampak Kereta Arwah Abam 5

Untuk rekod, Arwah Abam dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey.

Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas. Selepas kematian, timbul perbalahan antara Hidayah dan Ali berkaitan dengan tuntutan faraid, lapor mStar.

Malah, pernah timbul satu khabar angin apabila pihak Aliff Syukri mendedahkan bahawa kereta arwah telah ditarik.

Respon Hidayah,  pihak mereka tidak dapat memberikannya kerana pada beberapa hari selepas arwah meninggal dunia, Hidayah mahu bawa anaknya yang tengah demam ke klinik.

Untuk baca semula cerita selanjut klik di bawah ni.

Baca : “Sekarang saya tiada apa-apa” – Balu Abam Dedah Keluarga Belah Suami Tak Kasi Guna Kereta Hantar Anak Demam?

Collage 45

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Doakan bisnes ibu berjaya” – Hidayah Ternampak Kereta Arwah Abam Atas Jalan Undang Sebak Netizen
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/doakan-bisnes-ibu-berjaya-hidayah-ternampak-kereta-arwah-abam-atas-jalan-undang-sebak-netizen/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM