in

Suami Kantoi Curang ‘Dating’ Perempuan Lain, Beri Alasan Konon ‘Join’ Tabligh

Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan hampir setiap minggu, ada sahaja kisah curang yang didedahkan di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Terbaru, tular di media sosial kes melibatkan seorang suami yang didakwa kantoi curang terhadap isteri, selepas memberi alasan kononnya dia tidak pulang ke rumah kerana menyertai tabligh selama tiga hari di Air Itam, Pulau Pinang.


Menerusi video yang dikongsikan isteri, suaminya dalam satu kiriman WhatsApp mengatakan bahawa dia akan keluar selama tiga hari untuk mengikuti jemaah tabligh, di samping akan mematikan telefon demi mempelajari tawajjuh (tumpuan sepenuh hati kepada Allah).

Sajalah depa (mereka) dok ajak-ajak b, jumpa dekat masjid baru-baru ini. Mungkin Allah sayang kita. Allah hantar orang baik-baik mai ajak kita buat perkara yang baik. 

“Apa-apa nanti b on, bila-bila b reply. Ni balik b siap, terus b pi kat depa, sebab ada Bayan Hidayat pukul 9.30 pagi ini,” tulis suaminya.

Bayan

Artikel berkaitan: ‘Sondol’ Kekasih Kawan Baik, Isteri Pemain Bola Sepak Indonesia Didakwa Curang?

Artikel berkaitan: “Banyak kali saya maafkan” – Ananda Natasha Buka Mulut, Andika Pernah Curang Ketika Anak Usia 3 Tahun

“Hang guna nama Allah semata-mata untuk buat maksiat” 

Namun ternyata keluar menyertai ‘tabligh’ itu alasan semata-mata apabila kantoi suaminya dijumpai sedang keluar berjalan-jalan bersama seorang wanita lain di sebuah bangunan.

Menurut si isteri, dia kesal dengan perbuatan suaminya yang sanggup menggunakan nama Allah semata-mata untuk membuat maksiat.

Difahamkan juga, ini bukanlah kali pertama lelaki itu kantoi curang namun perkara tersebut telah berlaku sebanyak enam kali sepanjang dua tahun tempoh perkahwinan mereka.

Pebne

Lebih menyedihkan, wanita itu juga memuat naik video memaparkan dia sudah diceraikan talak tiga oleh suaminya selepas episod kantoi curang tersebut.

Perkongsian berkenaan telah mengundang rasa marah netizen terhadap sikap suami wanita yang itu yang sanggup menggunakan agama untuk menutup perilaku curang terhadap isterinya.

Haih macam-macam ye… 

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.