in

Diganggu Secara Seksual Masa Memandu, Wanita Ini Kongsi Pengalamannya

Woman Driving

Seorang wanita mendakwa dia telah diekori oleh seorang lelaki bermotosikal semasa sedang memandu di Kuala Lumpur.

Keluarkan lidah, tunjuk aksi lucah

Sarah yang berkongsi kejadian itu di akaun Facebooknya berkata, kejadian berlaku semasa dia sedang dalam traffic jam dan kenderaan sedang bergerak perlahan.

Gangguan Seksual
sumber: facebook

Terkejut dengan apa yang berlaku, dia kekal tenang walaupun sebenarnya sedang dalam ketakutan.

“Lelaki itu memakai baju warna hijau dan berjambang sebelum duduk di bahagian kiri kereta saya.

Tongue 1
sumber; cafemom

Dia mengeluarkan lidah dan menghalanya ke atas, clearly menunjukkan satu aksi lucah.”

Disebabkan waktu tu traffic jam, kenderaan semua bergerak perlahan tapi motosikal itu tetap berada di sisi keretanya sambil terus membuat isyarat sama.

Cepat-cepat wanita itu capai telefonnya untuk ambil no plat sebelum motosikal tu memecut laju. Takut la tu!

“Pegawai polis mulanya ketawa..”

Sarah terus ke balai polis berhampiran dan buat laporan mengenai apa yang dah berlaku.

Tujuannya supaya tak ada orang lain lagi yang menjadi mangsa lelaki itu sepertinya. Memandangkan dia juga seorang peguam, dia nak tahu proses sekiranya ada klien menghadapi perkara sama.

Mmcall08
gambar hiasan

Malangnya, pegawai polis kat situ tertawakannya sebelum mula memeriksa dengan pegawai-pegawai lain kerana perkara itu berlaku ‘di luar kawasan liputan’ balai polis terbabit.

20181220 Ipd Dang Wangi
sumber: malay mail

Sudahnya, pegawai polis berkenaan memilih supaya laporan itu didaftarkan di bawah IPD Dang Wangi selepas berhempas pulas menghubungi beberapa balai polis lain selama 45 minit.

Tertuduh berjaya dijumpai

Keesokannya, seseorang berpangkat Sarjan menghubungi Sarah dan mendakwa berjaya menahan tertuduh yang buat gangguan itu.

Pada mulanya dia menafikan dia adalah tertuduh sebelum mengaku melakukannya.

Lega laporannya diambil serius, Sarah mengingatkan orang ramai supaya tetap membuat laporan polis sekiranya sesiapa menjadi mangsa jenayah.

Secret
sumber: ask legal

Jangan amalkan konsep “Tak Apa” atau biarkan bila ada apa-apa jenayah yang berlaku. Sekurang-kurangnya lelaki itu kini ada dalam pemerhatian pihak polis.

Baca: “Saya nampak seluar dalam kamu…” – Pemandu Grab

Page Grab 1