Dibuli Sampai Pekak, 5 Bekas Pelajar Diarah Bayar Ganti Rugi Lebih RM600,000

Tambah ke Sumber Pilihan
Dibuli Sampai Pekak, 5 Bekas Pelajar Diarah Bayar Ganti Rugi Lebih RM600,000

Penantian mangsa serta ibu bapanya berakhir apabila Mahkamah Persekutuan telah memerintahkan lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) di Terengganu membayar ganti rugi lebih RM600,000 kepada mangsa yang mengalami kecacatan kekal.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang dipengerusikan Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim yang turut bersidang bersama-sama Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.


Artikel berkaitan: “Hancur masa depan…” – 11 Pelajar Ditahan Polis Kes Buli Pelajar Ting. 2 Di Terengganu

Artikel berkaitan: “Baru baik dari kanser”- Tular Video Pelajar Dibelasah Beramai-ramai, 7 Suspek Ditahan Polis

Buli Mahkamah Prosiding Dalam Talian E1697523308955 1024X691 1Sumber: Kosmo!

Selain lima bekas pelajar senior yang ketika ini berusia 25 tahun, empat pihak lain adalah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Sulaiman Ngarif; bekas Pengetua, Meriam Jusoh; Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan (KPM) dan kerajaan Malaysia masing-masing selaku defendan keenam hingga kesembilan.

Ia susulan kejadian pukul, buli dan serangan yang berlaku di bilik asrama ketua pengawas SESMA pada 26 April 2015 yang mana ketika itu plaintif berusia 14 tahun.

Mangsa memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu melalui bapanya terhadap sembilan defendan itu.

Dalam tuntutan itu, mangsa mendakwa dipukul, dibuli dan diserang oleh lima pelajar senior sehingga mengakibatkan gegendang telinga kanannya pecah serta mengalami kecacatan kekal dan hilang pendengaran.

Mangsa yang merupakan pelajar pintar turut mengalami trauma teruk dan tekanan perasaan sehingga memaksanya menjalani rawatan psikiatri.

Sementara itu, Ketua Penggerakan Penggubalan Akta Anti Buli, Wan Azliana berkata, kes ini adalah satu kemenangan buat semua mangsa kejadian buli seluruh Malaysia.

Sumber: Berita Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Dibuli Sampai Pekak, 5 Bekas Pelajar Diarah Bayar Ganti Rugi Lebih RM600,000
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dibuli-sampai-pekak-5-bekas-pelajar-diarah-bayar-ganti-rugi-lebih-rm600000/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM