in

800 Gelandangan Di Ibu Negara Bakal Ditawar Pekerjaan Selepas Tamat PKP

Untitled Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nasib sekitar 800 gelandangan di sekitar ibu negara terbela, apabila dikhabarkan mereka bakal ditawar latihan dan pekerjaan sebaik Perintah Kawalan Berkurung tamat kelak.


Harian Metro melaporkan, perkara itu diputuskan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dalam satu mesyuarat — bertujuan untuk mengurangkan jumlah golongan itu.

Malah katanya, inisiatif itu turut disambut baik beberapa syarikat yang sudi bekerjasama bagi memenuhi hasrat kerajaan.

1 8

Antara 500 ke 700 peluang pekerjaan disediakan, termasuklah bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang tertentu sekitar Lembah Klang.

Selain itu, mereka juga akan menjadi sebahagian daripada tenaga kerja bergaji harian yang akan dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Bagi pusingan pertama, semua yang terpilih akan tinggal di asrama dikendalikan DBKL dan syarikat yang akan mengambil mereka bekerja.

Satu saringan akan dibuat dalam masa dua minggu, untuk memberikan mereka pilihan sama ada ingin bekerja di kilang pembuatan sebagai operator pengeluaran dengan gaji permulaan RM1,400 seorang berserta elaun.

Sekiranya mereka memilih untuk bekerja bekerja harian di bawah DBKL sebagai pekerja am pula, mereka boleh mendapat pendapatan tidak kurang RM1,200 sebulan.

Alhamdulillah,saya bersyukur kerana telah dapat mencari dan mewujudkan 600 peluang pekerjaan berserta kemudahan asrama utk gelandang yg sihat dan layak,dgn gaji permulaan RM1400 sebulan serta elaunKita mahu mereka meninggalkan dunia gelandangan dan berhijrah ke kehidupan baru.Insyallah

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Friday, April 10, 2020

 

Usaha baik ini turut mendapat perhatian netizen, yang bersetuju sudah tiba masanya kerajaan memberi peluang dan memanfaatkan sepenuhnya tenaga golongan ini daripada bergantung kepada buruh luar semata-mata.

2 4

3 3

4 1

 

Baca: “Benda kecil tapi maknanya besar” – [FOTO] Hikmah Covid-19, Gelandangan Diberikan Perkhidmatan Gunting Rambut PERCUMA!

Feature 2 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.