“Diam bodo, blah bodo”- Dapat Boyfriend Tak Boleh Control Marah, Asyik Nak Maki Je!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dah lah zaman sekarang susah nak dapat pasangan hidup kan? Lepas tu kalau yang dah ada pun, kena jaga elok yelah kang ada pula yang menyondol hmm. Macam-macam perangai manusia kan?

Baru-baru ni seorang gadis kongsi dekat Twitter nasib malang dia sebab dapat boyfriend tak berkualiti. Menurut Wawa, dia idamkan teman lelaki yang pandai melawak tapi sebaliknya dia dapat yang tak boleh nak control marah pula.

Nak boyfriend yang selalu buat lawak tapi dapat yang selalu maki pulak…”

Melalui conversation yang Wawa kongsi tu, dia tunjuk yang boyfriend dia tu memang selamba je maki bila dalam keadaan marah.

Diam bodo. Blah bodo kau.”

Sumber: Twitter

Tapi Wawa akui memang tak semua lelaki perangai tak elok sebab tu dia sempat pesan kalau kaum Hawa di luar sana dapat lelaki yang baik, jagalah baik-baik. Yela, susah nak dapat pasangan yang elok perangainya zaman sekarang ni.

Ramai netizen yang bagi nasihat dan tunjuk rasa bengang masing-masing dengan boyfriend Wawa ni. Ada yang kata kalau lelaki tu ikhlas dia takkan maki orang yang dia sayang.

Sumber: Twitter

Tapi, dalam pada ramai yang bagi kata-kata nasihat tu ada seorang lelaki yang suruh Wawa ni rileks sebab benda tu sebenarnya normal je. What?

Rileks la. Aku pun maki maki girlfriend aku macam ni. Dia okay je.”

Sumber: Twitter

Ada yang pernah dapat boyfriend atau girlfriend jenis tak boleh control mulut bila marah? Jenis suka hati nak maki maki orang tak fikir hati dan perasaan. Cuba share dengan admin!

Baca: “You pernah ludah dekat I, pukul I, maki hamun…” – Cuba Malukan Ex Boyfriend, Sekali Kantoi Perangai Sebenar

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!