in

“Dia yang minta, saya kena ikut sajalah” – Sharnaaz Reda Jika Cerai

Shanab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, isteri kepada aktor Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengesahkan bahawa dia telah memfailkan penceraian terhadap Sharnaaz semalam.


Nabila bagaimanapun tidak menjelaskan sebarang asbab dia berbuat demikian.

Susulan itu, Sharnaaz berkata dia akur sekiranya rumahtangga yang dibina sejak 2017 berakhir dengan penceraian.

Capture 100
Sumber: instagram

Memetik Berita Harian Online, dia menerima keputusan isterinya itu (memfailkan penceraian) dengan tenang dan matang.

Malah katanya tiada sebarang isu yang perlu diungkit netizen untuk membabitkan kes penceraiannya termasuk sikap panas barannya.

Selain itu Sharnaaz menjelaskan dia juga perlu menghormati pandangan dan tindakan Nabila sebagai ibu kepada anaknya, Jebat Jayden Ahmad, yang kini berusia setahun.

“Jujurnya, lidah saya kelu untuk berkata apa-apa. Memandangkan dia (Nabila) yang meminta perkara itu (perceraian), saya kena ikut sajalah.

“Saya takkan bercakap perkara yang buruk kerana saya masih matang dan waras untuk berfikir. Nabila ialah ibu kepada anak kami (Jebat Jayden)”

Sharnaaz Ahmad Jebat 1024X704
Sumber: instagram

“Hal rumah tangga adalah terlalu peribadi. Sejak awal lagi, saya tidak gemar berkongsi (mengenai perkara itu) dengan media. Namun, berikutan ia sudah dibawa ke mahkamah, saya sekadar ingin memaklumkan, saya cukup matang untuk melaluinya”

“Mungkin inilah harga harus saya bayar terhadap setiap keputusan yang saya buat dalam hidup.

“Saya terima dugaan ini secara budiman. Saya lelaki dan orang yang sentiasa tidak gentar menerima risiko dalam hidup.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat Sharnaaz dan Nabila.

Baca: “Saya dah failkan penceraian terhadap suami” – Sharnaaz & Noor Nabila Bakal Bercerai?

Screen Shot 2019 09 01 At 9.13.41 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.