in

“Dia yang cetus kontroversi ini” – Rihana ‘Demand’ Rumah Agam RM41 Juta & Nafkah RM123 Ribu Sebulan

Rihana Oi

Beberapa jam lepas Rihana Oksana muat naik video di IGTV tentang temu bual eksklusif bersama Daily Mail. Dalam temu bual itu Rihana membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya dengan Sultan Muhammad V.

Umum tahu masalah rumah tangganya masih belum ada kesudahan meskipun peguam Sultan Kelantan mengesahkan telah menghantar surat cerai talak tiga kepada peguam Rihana.

https://www.instagram.com/tv/B3Ii9dLli4z/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=dlfix

Terjemahan:

“Saya bagi temubual pertama saya untuk jelaskan situasi tentang penceraian tersebut. Saya belum jumpa suami saya sejak Disember lepas. Dia menyorok dari saya dan anak kami dan malangnya dia yang cetus kontroversi ini. Saya nak minta maaf atas perbuatan dia dan saya harap dia akan fikir tentang reputasi dirinya dan hentikan semua pergaduhan ini.”

“Faris, awak adalah seorang bapa dan kerabat diraja. Tolong fikir apa yang awak buat ni.”

Rihana4
sumber: instagram

Tidak hanya mendakwa baginda bersembunyi darinya dan anak mereka, Rihana juga dilaporkan menuntut rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) di London serta nafkah anaknya sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.

Menurut The Sun, perkara itu didedahkan oleh sumber terdekat Sultan Muhammad V kepada Daily Mail baru-baru ini namun tiada pengesahan lagi daripada pihak Rihana.

Rihana5
sumber: instagram

Selepas enam bulan berkahwin, pasangan ini dilaporkan telah bercerai. Peguam baginda juga ada mempersoalkan tentang status anak yang bernama Leon itu memandangkan tiada bukti sahih yang mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandungnya.

Rihana1
sumber: instagram

Baca: “Dah gila ke dia ni?” – Rihana Petra Makin ‘Menjadi-jadi’, Kini Mahu Bertemu Bonda Sultan Kelantan Pulak?

Rihana Agong