in

“Dia share video seks kami dekat kawan-kawan” – Akibat Bengang Wanita Potong Anu Boyfriend Dengan Gunting Pokok

Featured 44

Seorang wanita terpaksa menjalani hukuman penjara hampir 2 tahun selepas dia memotong alat sulit teman lelakinya ketika mereka sedang melakukan hubungan seks, kerana dakwaannya lelaki itu berkongsi video seks mereka dengan kawan-kawannya.

Brenda Barattini, 28 tahun yang juga seorang akauntan didapati bersalah atas cubaan membunuh Sergio Fernandez, 42 tahun dan dijatuhi hukuman penjara selama 13 tahun, lapor metro.co.

 

Mengaku rancang untuk potong anu boyfriend tapi tak ada niat nak bunuh

Dia turut mengaku merancang serangan tersebut pada 25 November 2017, tetapi dia menjelaskan yang dia tidak bermaksud membunuh bekas kekasihnya itu.

Dalam perbicaraan kes itu di Cordoba, Argentina, wanita itu didapati memotong 90 peratus bahagian zakar Sergio yang juga seorang pemuzik, dengan gunting pokok.

“Dia telah merancang untuk membalas dendam terhadap teman lelakinya kerana dia telah berkongsi gambar-gambar dan video-video seks selain memperlakukannya seperti ‘trofi'”

1 23
Sumber: metro. Co

Katanya ia telah melanggar privasi, kehidupan dan kariernya.

Sementara itu mangsa, Sergio berkata wanita tersebut menyerangnya setelah matanya ditutup.

“Selepas dia menutup mata, dia suruh saya teka di mana dia menyentuh saya, dia juga mahu ikat saya tapi saya tak benarkan”

“Dia mula lakukan seks oral kepada saya. Saya tiba-tiba rasakan sesuatu. Dia mahu membunuh saya pada saat itu”.

 

Barattini reka cerita sebelum mengaku

Tapi ketika mula-mula Barattini ditangkap, dia kata yang dia cuba mempertahankan dirinya daripada serangan seksual Sergio, lepas tu dia ubah cerita dan mengaku yang dia melakukan serangan tersebut sebagai membalas dendam terhadap lelaki itu.

Untuk pengetahuan, Sergio telah diselamatkan oleh jiran dan dia koma selama lapan hari akibat daripada kecederaan itu.

2 19
Sumber: metro. Co

Dua tahun selepas kejadian tersebut, dia dapati yang zakar dan testiclenya ‘berbeza’, malah dia masih mengalami serangan panik dan insomnia.

Sergio memberitahu mahkamah yang dia masih mempunyai ketakutan berterusan dan ‘merasai’ wanita itu mahu membunuhnya semasa seks.

So juri sebulat suara memutuskan yang Barattini bersalah dan memutuskan hukuman akhir.

 

Haishhh macam-macam, takut weh!

Baca : “Kekasih gelap dah jadi terang” ; Mengejutkan Raja Thai Lantik Ex-GF Sebagai Gundik Istana

Thai