in

“Dia punya zoom in zoom out je dah 2 episod” – Adaptasi Sinetron Indonesia, Puteri Yang Ditukar Dikecam Netizen?

Putri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain dari menonton rancangan realiti, rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita sangat gemar menonton drama bersiri. Tambah-tambah pulak drama yang pukul 7 tu. Tak kiralah apa pun jalan ceritanya, ia pasti menarik penonton ramai di luar sana.


Semalam, sebuah drama bersiri baru bertajuk Puteri Yang Ditukar telah ditayangkan di Astro Prima menggantikan drama Jodoh-Jodoh Anisa yang tak kurang hebatnya jugak.

66463092 474170283396294 1222960773253300224 N
sumber: facebook

Pun begitu, dengar cerita ramai yang tak puas hati dengan drama baru ni. Kenapa pulak tu? 

 

Puteri Yang Ditukar adaptasi sinetron Indonesia? 

Mulai bersiaran pada 9 Julai ini di Astro Prima, Puteri Yang Ditukar rupanya drama bersiri yang diadaptasi daripada sinetron dengan tajuk yang sama iaitu ‘Putri Yang Ditukar’ lakonan Nikita Willy, Glenn Alinskie dan Rezky Aditya. 

Manakala bagi siri versi Malaysia yang mempunyai 80 episode ni pula dilakonkan Elisya Sandha, Eyra Hazali, Azrel Ismail dan Siti Elizad. Wow wow boleh tahan jugak pelakonnya! 

Puteri Yang Ditukar
sumber: cari

Basically bagi korang yang dah tonton versi sinetronnya, korang mesti dah tahu kan yang cerita ni berkisarkan kisah pasangan miskin yang tukarkan anak mereka dengan anak orang kaya. 

Mengambil plot yang serupa, sinopsis Puteri Yang Ditukar (versi Malaysia) seperti di bawah ni:

Amira dan Zahira merupakan dua orang gadis yang mempunyai latar belakang berbeza. Amira dibesarkan di dalam kehidupan yang serba sederhana bersama kedua-dua orang tuanya, Ihsan dan Farina.

Zahira pula mempunyai kehidupan yang cukup mewah bersama kedua-dua orang tuanya, Tuan Malik dan Aini, di samping ibu tirinya, Maria dan kakak tirinya, Miesya. Tetapi Zahira selalu dibuli oleh Miesya.

Namun, tiada seorang pun yang mengetahui akan rahsia yang tersembunyi di sebalik dua keluarga tersebut, dimana Zahira dan Amira telah ditukar sejak kecil. Siapakah yang menjadi dalang di sebalik pertukaran kedua bayi ini ketika dilahirkan?

 

“Banyak-banyak cerita best yang boleh diadaptasi, cerita gini juga dia pilih” 

Rata-rata netizen macam tak puas hati dengan adaptasi ni sebab ramai yang kurang suka dengan gaya sinetron dalam buat drama. Yelah kan… Dorang kalau tak zoom in zoom out banyak kali memang tak menjadi lah. Lagi satu, jalan cerita pun agak… over! 

Takde Idea
sumber: facebook

 

“Memang tak lah nak lawan indo… orang gaji dia pun muka lagi lawa dari segala mak nenek heroin dalam Malaysia” 

Takbolehlawan
sumber: facebook

Apa-apapun min harap korang janganlah kutuk-kutuk sangat drama ni. Mula-mula je bosan, mana tahu lepas ni korang juga yang tercongok depan TV tu nanti.

Lagipun Putri Yang Ditukar (versi Indonesia) ni dulu katanya merupakan sinetron terpanjang sebelum takhtanya dirampas Tukang Bubur Naik Haji dengan 2185 episod. Haaa jangan main-main! 

Selamat menonton ye gais! 

Baca: “Si kembar terpisah?” – Penunggang Grab Teruja Bila Muka Penumpang ‘Sebijik’ Macam Rupa Dia

Gra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.