in

“Dia maksudkan bahasa, bukan bangsa” – Wanita Viralkan Individu Enggan Kerjasama Sebab Tak Tahu Melayu Dihentam Sebab….

Cina6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni pantang dengar orang cakap lain sikit, terus viralkan, tak ada usul periksa main ‘taram’ je. Tapi mujurlah netizen sekarang ni boleh kaji selidik dari jauh.


Kisahnya ada seorang wanita ni nak cari responden untuk bantu dia dalam melakukan kajiannya. Jadi, dia mendekati seorang wanita berbangsa cina ini, tapi ini jawapan individu tersebut…

 

Biadap tak biadap? You cina ke apa ke you tetap orang Malaysia. Kenapa tak suka bahasa kebangsaan?”

Dikatakan wanita itu buat satu kajian yang fokus kepada kominiti cina di negara kita, sebab itu lah dia menghampiri individu tersebut, tapi individu itu enggan beri kerjasama sebab katanya dia tak “tak suka melayu”.

Kata wanita tu, individu tersebut  ada memberikan kata kata-kata yang menyakitkan hati sebelum video itu dirakam.

Whatsapp Image 2019 11 01 At 10.25.44 Am

Video itu telah meraih lebih daripada 5,000 perkongsian sebelum ia di padamkan di Twitter. Sebab apa? Mungkin perbuatannya itu membuatkan netizen kurang senang.

Ini kerana ramai netizen dianggap yang dia ni macam tak nak terima salah sendiri, dia dikecam semula kerana tidak menyediakan multi bahasa untuk responden-responden itu.

Salah seorang netizen yang terdiri daripada bangsa cina sendiri tampil memberikan sebab yang kukuh kenapa tindakan wanita itu salah dan baginya mak cik dalam video ni sebenarnya tak biadap.

 

I rasa dia tak biadap

Menurut lelaki ini, apa yang cuba disampaikan oleh mak cik itu bukan lah nak menghina atau mahu melibatkan sebarang isu perkauman, tapi dia cuba nak beritahu yang dia tak fasih dalam berbahasa melayu.

Silap wanita ni sendiri yang tak letak dwibahasa dalam research dia, lebih teruk lagi dia tak ada rasa hormat terhadap privasi seseorang kerana menyebarkannya di media sosial, malah sikapnya itu dianggap tak profesional langsung.

Cina

Cina2

Mungkin sebab itu lah dia remove video ni kot, dek kerana kecaman demi kecaman yang dia diterima.

Ramai netizen yang menyebelahi lelaki ini bahkan ada juga yang menyebelahi wanita itu.

 

Baca : “Kalau tak racist, bodoh” – Netizen Kecam Wanita Hitamkan Muka & Pakai Bindi Untuk Jual Produk Kecantikan

Racist

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.