in

“Dia Islam ke?” – Peminat Baru Tahu Akon Islam Lepas Ramai Ternampak Dia Sedang Tunaikan Umrah Di Mekah

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita dengar nama Akon, mesti lagu ‘Lonely’ terngiang-ngiang dekat telinga korang kan? Tapi, berapa ramai antara korang yang tahu Akon ni adalah seorang Muslim?


Sejak beberapa hari lepas, gambar penyanyi dan rapper terkenal Akon atau nama sebenarnya Aliaune Damala Bouga Time Puru Nacka Lu Lu Lu Badara Akon Thiam menunaikan umrah tular di media sosial membuatkan ramai peminat terkejut bila melihat sisi lainnya ini.

Penyanyi berusia 46 tahun ini sebenarnya memang dilahirkan sebagai Islam dan bila ditemuramah, Akon sering mengatakan yang kejayaan dia hari ini adalah kerana kepercayaannya kepada Allah dan Islam. Bukan tu je, dia pun tak minum alkohol tau!

Untuk korang yang tak tahu, Akon ni berasal dari Senegal dan dekat sana, hampir 90% penduduknya adalah Muslim, so tak pelik pun sebenarnya bila tahu Akon ni beragama Islam.

Di Instagram peribadinya, Akon ada memuat naik beberapa gambar menunjukkan dia melakukan konsert di Jeddah, Arab Saudi, so mungkin alang-alang dia dah kat sana, dia buat sekali umrahnya.

https://www.instagram.com/p/B9GlvKCgN2C/

Ekoran tularnya video dan gambar Akon menunaikan umrah ini, ramai peminat yang menyatakan rasa terkejut sebab dorang tak tahu pun yang Akon ni Islam.

Screenshot 2020 03 06 At 11.33.06 Am Down

Baguslah Akon ni, tak mudah hanyut dengan dunia hiburan kat sana.

 

Baca: “Rap muzik iblis” – Gempar! Rapper Popular Kanye West Nekad Berhenti Jadi Penyanyi Rap Sebab…

Screenshot 2020 03 06 At 11.44.33 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.