in

Didakwa Layan Atlet Macam ‘Suspek’, Amerika Syarikat Cetus Kemarahan Peminat Bola Sepak Dunia!

Syaz Ft 2026 06 10T123237.609

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demam Piala Dunia 2026 yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico kian terasa, namun kehangatannya dicemari dengan kontroversi luar padang yang mencetuskan kemarahan netizen global. Skuad keselamatan Amerika Syarikat (AS) kini berdepan kecaman hebat selepas rakaman video layanan kasar mereka terhadap beberapa pasukan kebangsaan tular di media sosial.

Antara insiden yang paling mencetuskan kemarahan adalah apabila pasukan kebangsaan Senegal dipaksa menjalani pemeriksaan beg yang sangat ketat secara terbuka di atas tarmak Lapangan Terbang San Antonio, Texas.


Artikel berkaitan: 12 Kumpulan Akhir, 104 Jumlah Perlawanan, FIFA Umum Format Baru Piala Dunia Bermula 2026

Artikel berkaitan: Dr Zulkifli Anjur Tazkirah & Ajak Pengikut Tengok World Cup Dekat Dataran Nilai Raih Pujian

 

View on Threads

 

Bukan itu sahaja, dalam laporan Yahoo! News difahamkan skuad Uzbekistan yang tiba di New York turut diselongkar menggunakan anjing pengesan dadah serta pengesan logam sebelum perlawanan persahabatan menentang Belanda.

Ketua jurulatih Uzbekistan yang juga legenda bola sepak dunia, Fabio Cannavaro, akhirnya menyelar tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa pihak keselamatan memberikan alasan sekadar mengikut peraturan, namun peliknya pemeriksaan melampau itu hanya dikenakan kepada pasukan mereka sahaja.

Suasana semakin tegang apabila dilaporkan pengadil dari Somalia, Omar Artan, dinafikan kemasukan ke AS, manakala penyerang Iraq, Aymen Hussein, ditahan dan disoal siasat selama hampir tujuh jam di lapangan terbang. Lebih parah, skuad Iran dilaporkan hanya dibenarkan keluar masuk negara itu pada hari perlawanan mereka sahaja.

Layanan sekuriti AS yang dianggap keterlaluan dan memalukan ini rata-ratanya diselar netizen kerana menganggap pihak penganjur gagal menghormati sensitiviti serta status atlet antarabangsa yang datang membawa nama negara mereka.

Sumber: Yahoo! News, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.