in

“Dia gosok kertas dekat muka” – [VIDEO] Pekerja Kedai Kena Pukau Dengan Lelaki Menyamar Jadi Kontraktor Rumah

Featured1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pekerja kedai serbaguna di Mont Kiara mendakwa telah dipukau oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai kontraktor pada minggu lepas. Tanpa sedar, dia telah memberikan wang kepada lelaki tersebut.


Pukau1

Melalui perkongsian pengurus kedai itu, pekerja wanita berkenaan berada di bahagian kaunter bayaran sebelum didatangi lelaki tersebut kita-kira jam 9 pagi. Lelaki itu kemudian bertanya kepada pekerja tersebut tentang pengurusnya dan memberitahu bahawa dia telah selesai melakukan kerja di rumah pengurus terbabit. Kata pekerja itu,

Saya beritahu tidak tahu pukul berapa pengurus saya akan sampai dan meminta lelaki tersebut untuk kembali pada waktu tengah hari.”

Lelaki itu kemudian memintanya nombor telefon pengurus tersebut untuk menghubunginya dan dilihat seperti bercakap di telefon. Dia kemudian meminta pekerja itu sehelai kertas dan menulis ‘RM400’.

Lelaki itu beritahu supaya bagi dulu wang yang ada dalam sampul surat dalam laci berjumlah RM400. Katanya pengurus saya akan datang dan gantikan semula  wang itu.”

Pukau2

Tanpa mengesyaki apa-apa, pekerja tersebut terus memberikan lelaki itu wang yang dimintanya dan terus menghubungi pengurusnya 5 minit selepas dia beredar dari kedai.

Pengurus saya beritahu dia tidak menerima apa-apa panggilan dan dia tidak pernah meminta sesiapa untuk membaiki rumahnya.”

Terkejut dengan apa yang dikatakan pengurusnya, pekerja itu telah ke balai polis untuk membuat laporan polis. Difahamkan, mereka mendakwa lelaki itu telah memukau pekerja tersebut dengan menggosok kertas tersebut di muka dan ditangannya.

Pukau3

Melalui rakaman CCTV yang diberikan kepada Lobak Merah, lelaki tersebut dilihat memakai baju hitam dan topeng muka sambil memegang kertas berwarna putih.

Pengurus itu berkongsi rakaman CCTV dan kisah ini untuk memberi kesedaran kepada netizen supaya berhati-hati selain menekankan bahawa kejadian seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa saja tak kira tempat dan waktu.

Tonton video di bawah:

Baca: “Ni bukan macau scam, ni pukau scam”- Suri Rumah Dan Doktor Kerugian Hampir RM100,000 Jadi Mangsa Macau Scam

Combine Baru Scam 1

Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.