in

Jijik! Patutlah Rasa Masam, Rupa-rupanya Dalam Penuh Kulat

Susu Ada Kulat Yek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Jijik! Patutlah Rasa Masam, Rupa-rupanya Dalam Penuh Kulat
Loading
/

Hati-hatilah kalau korang suka minum air susu kotak! Baru-baru ni, seorang wanita ada kongsi pengalaman menjijikkan yang dia lalui lepas minum air susu kotak. Menurut Mohana, dia beli air kotak susu perisa strawberi tu dekat kedai serbaneka di Flora Damansara, Damansara Perdana. Waktu tengah minum tu, tiba-tiba dia rasa pelik.


Katanya, air susu tu rasa lain macam so dia pun periksa tarikh luput dekat kotak tu.

Semasa minum saya perasan air susu tu rasa masam sikit daripada biasa dan saya terus periksa tarikh luput.”

Lepas dia check tarikh luput yang tertera tahun 2019, Mohana teruskan minum dan habiskan air susu tu.

Susu 2
sumber: facebook

Mohana juga akui jarang minum air susu jadi dia tak berapa nak familiar dengan rasa sebenar air kotak tu. Jadi, sebab itulah dia terus minum sampai habis walaupun rasa air susu tu pelik. Habis minum, dia kemekkan kotak tu sebelum buang dan masa itulah dia perasan sesuatu yang mengejutkan.

Susu 1
sumber: facebook

Saya perasan ada kulat tumbuh di bahagian atas kotak. Saya terkejut dan terpaksa gunting untuk periksa apa sebenarnya yang ada dalam kotak.”

Lepas dah gunting, Mohana dapati bahagian dalam kotak tu dipenuhi dengan kulat! Tengok video yang dia upload ni:

Susu tu tak berwarna pink pun dan bahagian dalam kotak dipenuhi dengan kulat.”

Yeeekkkk!

Susu 3
sumber: facebook

Sejak itu, saya tak henti-henti muntah dan cirit birit.”

Mohana kemudian hubungi syarikat susu tersebut dan difahamkan mereka sudah pun beri maklum balas semalam (26 November). Sample daripada susu telah diambil oleh pihak mereka dan dihantar ke makmal untuk ujian. Katanya, syarikat itu akan ambil sample di kedai serbaneka tersebut dan keputusan ujian makmal akan keluar pada Isnin (3 Disember).

Just in case terjadi dekat korang, kalau susu tu dah rasa lain macam, better stop minum walaupun tarikh luput lambat lagi…

Baca: ‘Expired 2019″ – Video Cacing Berkeliaran Dalam Kiub Pati Ayam Produk Jenama Tempatan..Jijiknya!

Cacingdalamkiub

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.