in

Detik Cemas Pemandu Lori Di UK Diekori Hampir 20 Kereta Sampai ‘Construction Site’, Dedah Dimarahi Sebab…

Krisis Petrol Uk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak rasa cemas bila perasan ada kenderaan lain mengekori kita dari belakang. Walaupun sebuah kereta atau motosikal je, ia dah mampu buat kita jadi panik. Bayangkan kalau ada hampir 20 buah kereta follow dari belakang. Scary habis!


Begitulah apa yang dihadapi seorang pemandu lori tangki pada Khamis lalu selepas dia mendedahkan telah diekori hampir 20 kereta ketika sedang dalam perjalanan menghantar barang ke tempat kerjanya.

120788574 Johnnyanderson E1633229601304

Lapor Metro UK, Johnny Anderson sedang dalam perjalanan ke sebuah kawasan pembinaan di Northamptonshire ketika dia merasakan seolah-olah dia sedang diekori. Setelah diperiksa melalui cermin sisi, Anderson mendedahkan dia menyedari ada kira-kira 20 buah kereta mengekori di belakang lori yang dipandunya dan tiada siapa antara mereka yang cuba untuk memotong.

Difahamkan, kesemua kenderaan terbabit terus mengekori lori tangki yang dipandu Anderson sehinggalah mereka tiba ke kawasan pembinaan. Jelas Anderson, ketika itu pemandu kereta paling hadapan sekali mula membunyikan hon sebelum bertanya stesen minyak manakah yang dituju Anderson.

120788360 Mortar E1633229752669
Lori tangki yang dipandu anderson disangka lori tangki membawa petrol

“Bila saya bagitahu dia saya bukan nak menuju ke stesen minyak, dia tanya saya balik kenapa tidak. Ketika itulah saya menjelaskan pada mereka yang saya pemandu lori tangki simen dan bukannya petrol seperti yang disangka,” kata Anderson.

Bagaimanapun, Anderson menambah, dia kemudiannya dimarahi pemandu terbabit yang berkata,

“Dia marah dan kata saya sepatutnya berhenti bila perasan saya diekori dan beritahu mereka semua yang saya tak bawa petrol,” kata Anderson lagi.

Pemandu terbabit kemudiannya bertanya dimanakah stesen minyak terdekat sebelum kesemuanya meninggalkan Anderson di kawasan pembinaan terbabit.

120707032 Petrolsignsafp E1633229845149
Gambar hiasan

Insiden terbabit dilaporkan berlaku susulan krisis kekurangan petrol di Britain sehingga mengakibatkan pembelian panik berlaku.

Memetik laporan Berita Harian, faktor yang dikatakan menjadi punca krisis itu berlaku adalah disebabkan kekurangan pemandu kenderaan barangan berat (HGV) untuk menghantar bahan bakar selain permintaan yang terlalu tinggi.

Meskipun permintaan terhadap bahan bakar itu sudah semakin stabil, masih ada beberapa kawasan di negara terbabit yang berdepan masalah kekurangan petrol yang serius.

Tank Truck E1633229780283
Gambar hiasan

Anderson, dalam pada itu, menganggap insiden terbabit lucu namun, dia juga memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak mengekori lori tangki membawa petrol kerana mereka boleh berdepan masalah dengan pihak berkuasa tempatan.

Jelasnya pemandu lori tangki membawa petrol sudah dilatih untuk menelefon talia kecemasan jika mereka sedar diri diekori.

Sumber: Metro UK, Berita Harian

Baca: “Macam tu je nak ajar” – Cubaan Sekumpulan Penjenayah Merompak Gagal Lepas Mangsa ‘Sembur’ Dengan Petrol

1Minyak E1633228118141

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.