in

Desas-desus Parlimen Bubar Dalam Masa Terdekat, Pegawai Menteri Didakwa Mula Kosongkan Pejabat?

Parlimen Bakal Bubar Pejabat Kosong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, terdapat desas-desus yang mengatakan Parlimen bakal dibubarkan dalam masa yang terdekat.


Malah Istana Negara juga menjadi tumpuan hari ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dikatakan bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

51623850943 Istananegara

Menurut Astro AWANI, khabar angin mengenai hal ini juga dikuatkan lagi dengan tindakan beberapa pegawai lantikan politik di kementerian yang katanya telah bertindak mengosongkan bilik masing-masing bermula Rabu.

Salah seorang pegawai yang terlibat juga berkongsi di media sosial dengan mengatakan mereka sudah siap berkemas untuk kosongkan pejabat.

51664980046 Freesize

Dah siap berkemas untuk kosongkan pejabat. Saya rasa bersyukur dapat diberi peluang berkhidmat sekali lagi dalam kerajaan,” tulisnya.

Namun beberapa jam lepas itu pegawai tersebut dilihat menjelaskan tiada arahan yang dikeluarkan untuk kosongkan pejabat di Putrajaya sebaliknya ia adalah persediaan awal untuk hadapi kemungkinan Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Jika tiada pembubaran Parlimen selepas Sidang Dewan Rakyat berakhir, saya akan kemas balik ofis di Putrajaya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga katanya akan membuat pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat ini iaitu sehari selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Apa-apapun kita tunggu perkembangan lanjut nanti…

Baca: PM Akan Menghadap Agong Khamis Ini

Ismail Agong

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.