Dengan Tagline ‘Kerja Adalah Ibadah’, Gaji Pensyarah Kelulusan Masters Rm1,100 Je Di Kelantan?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kadar pekerjaan dan pengangguran di Malaysia ni bukan lagi satu isu kecil. Kerap kali diperkatakan hingga mendapat perhatian pihak kerajaan.

Prihatin dengan isu ini, Kementerian Sumber Manusia telah menetapkan gaji minimum di negara ini harus bermula dari kadar RM1,100.

Jawatan pensyarah kolej serendah RM1,100

Tapi apa yang dikongsikan oleh netizen ini di Twitter berjaya menarik perhatian ramai.

Menurut pemilik akaun @salmie_shkrdy, penemuannya di laman web milik Jobs Malaysia Centre Kelantan menunjukkan jawatan pensyarah di sebuah kolej swasta menawarkan gaji serendah RM1,100 untuk kelulusan Ijazah Sarjana.

Sumber: Twitter

Malah menerusi pencarian lanjut, iklan lain juga menawarkan gaji serupa untuk kelayakan peringkat SPM.

Sumber: Twitter

Selaku anak jati Kelantan, gadis berkenaan ternyata kecewa dengan gaji yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat di negeri berkenaan.

“Ngaji degree kijo di Kelate macam tak dop beza dengan budak SPM..”

Kekecewaannya juga turut disokong oleh beberapa pengguna Twitter lain yang mendakwa, perkara ini adalah satu perkara biasa untuk penduduk di negeri itu.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ada juga yang tak percaya bulat-bulat iklan berkenaan sebab memang ada dinyatakan gaji boleh dirunding.

Tapi thread starter kata, ini juga berdasarkan pengalamannya sendiri.

Sumber: Twitter

Kolej jawab maklumat iklan tidak tepat

Bagaimanapun pihak kolej berkenaan dan pekerjanya juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa iklan berkenaan adalah tidak benar.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Fuh, lega! Nasib baik pihak pengurusan dah keluarkan kenyataan bagi menjawab isu ini.

Mungkin apa yang ditunjukkan dalam iklan tu cuma gaji minimum berdasarkan pengumuman kerajaan. Tapi nak tahu berapa gaji ditawarkan, kenalah cuba apply dulu. Kan?

Tapi betul ke apa diperkatakan netizen, gaji ditawarkan di negeri itu sangat rendah?

Baca: “Dengan bangla boleh lah kau bayar gaji rendah” – Berang dilabel pemalas, netizen mengamuk di medsos

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.