in

“Sampai tak tidur 4 hari” – Lelaki Meninggal Dunia Kerana Berpuasa Mendoakan Kesihatan Donald Trump

Aa 12 E1622348153216

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat terlalu taksub dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, seorang lelaki dari New Delhi, India menemui ajal selepas terkena serangan jantung.


Buss Krishna dikatakan sanggup berpuasa untuk mendoakan kesihatan pemimpin negara itu agar cepat sembuh daripada jangkitan Covid-19.

Menerusi laporan Harian Metro, Krishna dikatakan terlalu mengagungkan Trump sehingga menangis dan bersedih sebaik mengetahui Presiden AS itu disahkan positif virus berkenaan.

A 5 5

 

Empat hari tak tidur berdoa untuk kesihatan Trump

Menurut keluarga Krishna pula, lelaki itu sebelum ini berpuasa dan tidak tidur selama empat hari. Dia juga berterusan berdoa untuk kesihatan Trump dihadapan patung mirip wajah Trump yang dihasilkan olehnya sendiri.

“Dia terlalu taksub terhadap Trump dan meninggal dunia kerana terlalu fokus berdoa untuk Presiden AS,” 

Krishna dikatakan telah menamatkan puasanya itu selepas menerima berita Trump sudah pulih pada Sabtu.

Bagaimanapun, pada keesokan harinya, pemuda itu tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri ketika minum teh.

Seorang polis tempatan dikenali sebagai Rahhupathi berkata, lelaki berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia di rumah keluarganya kerana sakit jantung.

A1 3 3

 

Taksub sangat pun bahaya. Cukup lah berdoa macam biasa. Orang tu sembuh, kita pula yang sakit.

Baca: Presiden AS, Donald Trump Anggap Diri Kebal Selepas Disahkan Bebas Covid-19

A2 1 3

Sumber: Harian Metro
Sumber: Sidomex

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.