in

Definisi ‘Healing’ Yang Sebenar, Sekumpulan Remaja Tetap Lepak Meskipun Hujan Membasahi Bumi

cats 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda sering melayari media sosial, pasti anda perasan ramai anak muda yang menggunakan perkataan ‘healing’ untuk menggambarkan yang mereka sedang menenangkan minda atau sedang berehat dari sesuatu yang stres.

Namun lain pula kisahnya buat sekumpulan rakan di Kajang yang membawa proses healing itu ke peringkat yang lebih tinggi.


Menerusi sebuah perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang dikenali sebagai Vivishen Nadarajan, dia ada berkongsikan situasi lucu dia dan rakan yang lain yang sedang melepak di mamak.

Menerusi video tersebut, kelihatan Vivishen dan rakan-rakannya yang lain sedang meluangkan masa bersama di kawasan terbuka sebuah restoran.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah mereka duduk di situ dalam keadaan basah lencun kerana hujan lebat!

3 2 1

Lebih lucu, mereka semua kelihatan tenang dan masih berborak seperti biasa meskipun hujan sedang membasahi bumi seolah-olah bersedih di atas tangisan hati sekumpulan rakan ini. Turut kelihatan, seorang individu menghirup teh meskipun cawannya sudah dimasuki air hujan.

Apa yang lebih menghiburkan warganet ialah salah seorang daripada rakan Vivishen dilihat tenang menjamah roti canai, meskipun pinggannya kelihatan ‘banjir’ dengan campuran air hujan dan kuah dhal. Menurut seorang warganet, itulah roti banjir yang sebenar.

1 2 1

@vivishen1800

Just another Saturday #siapabangunbayar #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Malampagi – Saixse

Jelas Vivishen pada videonya, dia menyatakan mana-mana individu yang bangun daripada kerusi mereka perlu membayar bil semua orang. Mungkin kapsyen itu ditulis secara berseloroh, namun jika ianya betul, memang lucu habis!

Inilah healing yang dikatakan oleh orang ramai.

Kredit: Vivishen Nadarajan

BACA: Pelanggan Mabuk Belasah Pelayan Kedai Mamak Lepas Ditegur Ambil Lauk Guna Jari

Screenshot 2023 07 16 133443

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.