in

Datuk Vida Menipu, Perguna Sekolah Agama?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut je nama Datuk Seri Vida, confirm semua orang kenal. Usahawan kosmetik ni bukan je terkenal dengan sikap pemurah, tapi dia juga rajin buat amal kebajikan. Ramai dah tahu yang Vida ni sering menderma kat pusat kebajikan, sekolah tahfiz dan pusat anak-anak yatim.


Menurut Rotikaya, tahun lepas Vida ada menyatakan hasrat dia nak buka sebuah pusat tahfiz kat Tanah Merah, Kelantan. Wow! Boleh kata Datuk Vida ni memang idola lah sebab ramai orang nak berjaya macam dia.

Sumber: Facebook

Tapi tiba-tiba keluar satu cerita yang tak sedap didengar pasal penyanyi Lavida Raya ni. Khabarnya Vida mempergunakan sekolah agama demi kepentingan sendiri. Eh betul ke ni?

Berdasarkan perkongsian satu akaun Facebook ni, katanya Vida ni memperguna satu sekolah agama kat Terengganu dan dia jadikan sekolah tu stokis untuk produk-produk keluaran dia pulak.

Sumber: Facebook

Pendedahan tu jugak ada menyatakan yang Vida nak berikan habuan kepada sekolah tu kalau stok yang berlonggok-longgok tu habis. Kalau stok tak habis, sekolah tu tak dapat la sebarang bentuk habuan.

Disebabkan hal tu, laman Facebook tersebut mendakwa yang Vida ni seorang penipu dan bukan someone yang layak untuk dijadikan idola kepada pelajar. Katanya lagi Vida ni pernah menipu pasal sijil kelayakan yang dimiliki dan hanya ambil kesempatan je kat sekolah agama yang jemput dia tu.

Sumber: Facebook 

Sejak pendedahan ni tular kat media sosial, Vida masih belum buat sebarang penjelasan lagi. Harap-harap Datuk Vida boleh cepat-cepat buat kenyataan pasal dakwaan ni sebab benda macam ni boleh menjatuhkan air muka dan imej dia.

Apa pendapat korang?

Baca: “Takde lesen pun dapat kereta”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.