in

“Takde lesen pun dapat kereta”

Cik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untungnya jadi anak jutawan! Nak apa semua dapat! Macam tu lah jugak dengan Cik B anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida.


Bulan Ramadan yang lalu Vida ada muat naik satu video ni pasal anak perempuan kesayangannya Cik B merajuk mintak hadiah kereta. Waktu tu Cik B mintak hadiah kereta Mustang daripada ibunya. Tapi permintaannya tidak terus ditunaikan.

Hari ni Vida muat naik beberapa video di laman Instagram menunjukkan yang dia telah tunaikan janji dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada Cik B sebagai hadiah hari jadi. Walaupun bukan kereta Mustang macam yang Cik B nak sangat tu, hadiah kereta yang diberi tetap cecah harga setengah juta! Wow!

Kereta yang dihadiahkan Vida kepada anak perempuannya yang baru berusia 13 tahun tu ialah sebuah Mercedes Benz CLK. Perkongsian video di Instagram Vida menunjukkan Cik B nampak gembira sangat dapat hadiah kereta walaupun bukan kereta idaman dia.

Tapi apa yang jadi perbalahan dalam kalangan netizen adalah kerana tindakan Vida kasi kereta kat Cik B yang umurnya masih terlalu muda untuk pandu kereta. Lesen pun belum ada lagi, tapi dah dapat kereta. 

Ada jugak yang anggap tindakan Vida tu macam merosakkan anak dia sebab beri limpahan kekayaan pada anak kecil seperti tu. Ramai jugak yang jeles dengan Cik B sebab kecik-kecik lagi dah ada kereta besar.

Koem
sumber: instagram

Papepun dah rezeki Cik B gaiss. Untung ada emak yang penyayang macam Dato’ Vida!

Baca: “Kepala otak dia!” – Dato’ Vida Dikritik Kerana Malukan Anak, Muat Naik Video Beli Pakaian Dalam

Sksad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.