Dato’ Aliff Ditegur Kongsi Video ‘Goyang T*t*k’ di Hari Arafah

Tambah ke Sumber Pilihan
Dato’ Aliff Ditegur Kongsi Video ‘Goyang T*t*k’ di Hari Arafah
Lobak Merah
Lobak Merah
Dato' Aliff Ditegur Kongsi Video 'Goyang T*t*k' di Hari Arafah
Loading
/

Tak serik ke berduet dengan Sajat?

Kalau sebelum ni lagu Abang Nak Tegur dendangan jutawan kosmetik Dato’ Aliff Syukri dan Sajat tak putus-putus kena kecam dan dapat unlike yang sangat banyak kat Youtube, kali ni dorang kembali lagi dengan lagu baru.


This time dorang berduet dengan penyanyi dangdut sensasi Indonesia, Lucinta Luna. Demi nak promosikan Single terbaru dorang yang berjudul Bobo Di Mana ni, Aliff ada muat naik satu video dia menari dengan Sajat dan Lucinta di laman Instagram miliknya.

Sumber: Instagram

Tarian tu katanya merupakan tarian untuk lagu baru tu. Dorang siap ajak orang ramai untuk menari bersama menerusi cabaran #bobodimanadancechallenge lagi tau! Pun begitu ramai merasakan single terbaru dorang ni macam keterlaluan dan berunsur lucah.

Mungkin kerana gaya tarian yang tak senonoh, ramai geli tengok video yang dimuat naik dan kecewa sebab Aliff macam tak sensitif dengan isu macam ni.

Lucah
Sumber: Instagram

Tapi nampaknya bukan netizen je yang rasa macam tu, sebab Wardina Safiyyah pun ada bercakap pasal ni kat Facebook dia. Dalam entri tu pelakon yang pernah popular dengan drama Spanar Jaya ni menyelar tindakan Aliff memuat naik video sebegitu tu pada Hari Arafah.

Menurut Wardina, dia rela jadi orang tak tak kaya macam Aliff kalau dah kaya pun muat naik video memalukan macam ni.

“Terlalu bodoh, terlalu over dan amat meloyakan.”

“Mohon Dato’ padam video of that lady bouncing up and down showing her boobs. Disgusting.”

Qq 1
Sumber: Facebook

Haaa kan dah kena sound tu. Semoga Dato’ Aliff lebih berhati-hati lepas ni.

Baca: Aliff Syukri Tipu Nilai Kos Pembedahan Mata Anak?

Asada

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Asma' Razak
Lagi tulisan Asma'
Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Dato’ Aliff Ditegur Kongsi Video ‘Goyang T*t*k’ di Hari Arafah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dato-aliff-ditegur-kongsi-video-goyang-ttk-di-hari-arafah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM