in

“Dasar komunis lidah biawak”- Duta China Kata Berita Uighur Ditindas ‘Berita Palsu’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Penahanan warga Uighur adalah berita palsu,”


Itu kenyataan ‘berani mati’ yang dikeluarkan Duta China ke Australia, Cheng Jingye bagi mengelak dakwaan dan tuduhan ke atas China yang dikatakan menindas dan melakukan kekejaman ke atas etnik muslim Uighur.

Sumber: The Guardian

Katanya lagi, laporan yang mendakwa China menahan lebih sejuta etnik Uighur dan beberapa etnik minoriti muslim lain dari Wilayah Xinjiang dan diletakkan di ‘kem pendidikan’ adalah BERITA PALSU.

Sebaliknya, dia mengatakan yang ‘tempat’ tersebut adalah sekolah latihan vokasional yang akan memberi nafas baharu kepada golongan miskin di wilayah tersebut.

Sumber: BBC

Manakala penahanan yang dibuat di ‘kem pendidikan’ tersebut bertujuan bgi menentang ekstremisme, lapor Sinar Harian.

Ia tiada sebarang kaitan dengan hak asasi manusia atau agama. Ia tentang menentang keganasan dan mengambil langkah pencegahan,”

Duta China ke Australia itu seboleh-bolehnya mempertahankan negaranya terhadap tuduhan perlanggaran hak asasi manusia, pengintipan dan campur tangan politik yang dilihat menjejaskan hubungan rakan perdagangan dua hala antara China dan Australia.

Untuk maklumkan korang, hubungan dua negara ini semakin tegang lepas Beijing menahan seorang penulis terkenal Australia, Yang Hengjun atas tuduhan pengintipan.

Eleh berita palsu konon!

Baca : Kami disuntik supaya hentikan period-Bekas Tahanan Bongkar Kekejaman Di Kem Tahanan Xinjiang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.