in

“Kami disuntik supaya hentikan period”-Bekas Tahanan Bongkar Kekejaman Di Kem Tahanan Xinjiang

Featured 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai menyedari layanan buruk dan kejam yang diterima kaum muslim Uighur di China yang sehingga kini mencatatkan lebih satu juta ditahan di penjara ‘khas’ atau lebih tepat lagi kem tahanan di wilayah utara-barat Xinjiang, China.


Hampir setiap hari ada sahaja kisah kekejaman yang dilaporkan berlaku di wilayah Xinjiang yang memaparkan penderitaan yang dialami masyarakat muslim disana.

Kami dipaksa tulis kata-kata pujian kepada Parti Komunis China

Terbaharu, seorang mangsa pelarian iaitu Gulbahar Jalilova membongkar kisah hitam disebalik tembok besi khas yang dibina di wilayah tersebut.

“Selepas kami ditangkap, kami akan dikurung dalam bilik gelap, kami juga diarahkan untuk menulis kata-kata pujian kepada Parti Komunis China”

4 5
Sumber: dw news

Jalilova yang ditahan hampir 15 bulan didalam penjara tersebut juga berkata tahanan wanita di penjara tersebut juga terpaksa berhadapan dengan mimpi ngeri bila…

Setiap 10 hari kami akan disuntik, kami tak tahu ianya apa tapi wanita-wanita yang masih muda sudah tidak datang period lepas disuntik itu”

“Kami juga dipaksa bersenam dalam keadaan bogel tak kisah umur kamu berapa 14 tahun atau 84 tahun, itu cara mereka mencabuli kehormatan kami”

Jalilova juga menunjukkan bukti dokumen ‘tahanan’ yang diterimanya daripada pihak berkuasa China.

1 9

6 2
Sumber: dw news

Dokumen tersebut menyatakan namanya, tarikh lahir dan mereka katakan yang dirinya pengganas.

Bagaimanapun mereka tak pernah jelaskan kenapa mereka (pihak berkuasa china) anggap dirinya pengganas.

Kisah bermula Jalilova jadi ‘tahanan’ kem kejam!

Katanya kisah dia bermula pada 1997, ketika dia yang merupakan ibu tunggal kepada tiga orang anak, menjalankan aktiviti perniagaan membeli pakaian di Xinjiang, China untuk dijual semula di Kazakhstan.

Pada Mei 2017, dia ditahan di salah sebuah hotel di Urumqi.

Pegawai yang menahannya ketika itu terus membawanya ke balai polis, segala barang dirampas termasuk telefonnya dan terus membawanya ke bilik soal siasat yang terletak di bawah tanah.

Dia disoal siasat lebih 12 jam mengenai kegiatannya di luar negara.

 

Semoga keadilan untuk muslim Uighur ditegakkan dan mereka yang bersalah mendapat balasan setimpal!

Baca : Kami dipaksa mkn babi  dilarang solat- Pendedahan Mengejut Seorang Etnik Uighur Terhadap Layanan Istimewa Di Kem Tahanan Xinjiang.

Uighur

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.