in

Darlie Routier: Dihukum Penjara Seumur Hidup Kerana Tikam Dua Anaknya Tapi Ramai Tak Percaya Sebab…

Collage 25

Darlie Routier, ibu kepada tiga orang anak mempunyai cerita tentang seorang lelaki memecah masuk rumahnya dan menikam dua anaknya hingga mati. Tapi, pihak polis menemui beberapa klu yang membuatkan wanita ini kini dah 20 tahun di penjara menunggu hukuman mati.

Tapi siapa yang betul?

Dua kanak-kanak ditikam dengan kejam & leher Darlie dikelar oleh penceroboh?

Routier Children

Pada awal pagi 6 Jun 1996, 911 mendapat panggilan dari Rowlett, Texas. Darlie Routier mengatakan seorang penceroboh telah masuk ke rumahnya dan menikam dua anaknya Devon dan Damon dan dirinya.

Ada orang masuk rumah saya, dia pecah masuk dan tikam saya dan anak-anak saya.”

Tambah wanita ini lagi, bayinya Drake tidur di tingkat atas bersama suaminya Darin Routier tak mengalami apa-apa kecederaan.

Bila polis tiba, mereka menemui Devon telah pun mati di tempat kejadian manakala Damon meninggal di dalam ambulans dalam perjalanan ke hospital.

Darlie sendiri mengalami kecederaan kesan kelar di leher dan lengan kanannya.

Darlie menjelaskan penceroboh itu sebagai seorang lelaki kulit putih berketinggian enam kaki. Pihak polis juga menemui skrin tingkap garaj rumah tersebut telah dipotong menunjukkan ada orang cuba untuk masuk ke rumah ini.

Pihak polis temui bukti bercanggah dengan cerita Darlie Routier

Lwz5Inj3V2Gh5Uztq3Esb3Cswq

Bila pihak polis menjalankan siasatan, analisis forensik menunjukka bukti tersebut tak sama dengan apa yang Darlie ceritakan pada polis dan pihak berkuasa mula mengesyaki wanita ini.

Untuk permulaan, senjata pembunuhan adalah pisau dari rumah Darlie sendiri, ini menimbulkan rasa curiga sama ada betul atau tak penceroboh masuk.

Keduanya, motif pencerobohan tak jelas kerana banyak barang berharga terletak di tempat-tempat terbuka, tapi satu pun tak diambil.

Tambah lagi, analisis percikan darah di sekitar rumah tersebut mendedahkan yang ia tak konsisten dengan versi cerita Darlie.

Corak darah di dapur pula kelihatan seperti orang yang sedang berdiri tegak dan bukan tengah berlari kejar orang seperti cerita Darlie.

Tambahan lagi, penganalisis forensik menemui jumlah darah yang banyak kepunyaan Darlie di sinki menunjukkan yang dia berdiri di sinki untuk kelar leher dan lengannya.

Akhir sekali, pihak foresik menemui kesan serat dari skrin tingkap pada pisau roti di dapur keluarga ini. Kalau betul penceroboh tu guna pisau dorang, macam mana dia boleh masuk ke rumah ambil pisau potong skrin lepas tu letak pisau balik. Tak masuk akal kan?

Penemuan ini menunjukkan penyerang itu berada di rumah sepanjang masa. Dan disebabkan suami Darlie tidur bersama bayi mereka sepanjang masa, pihak polis terus suspek Darlie Routier.

Sambutan hari jadi Devon Routier

1228X691 Q90 88Bccac6Fc3D1F412B1B93B098772Eb4

Bukti yang paling kukuh dan paling banyak digunakan oleh pihak pendakwa raya adalah video sambutan hari jadi anak sulungnya yang ke-7 Devon Routier lapan hari selepas kematian anaknya.

Darlie telah menjemput media tempatan untuk rakamkan sambutan hari jadi anaknya ini yang disambut bersama keluar dan kawan-kawan rapat di kubur tempat anak sulungnya ini bersemadi.

Video sambutan hari jadi ini menunjukkan Darlie dan keluarganya begitu ceria bergelak, menyanyi dan menyembur party spray di kubur anaknya.

Pendakwa raya, Greg Davis yang melihat rakaman itu telah gunakan sebagai bukti ibu ini tak tunjukkan perasaan sedih terhadap kematian anak-anaknya.

Menurut lelaki ini, sikap Darlie ini sangat luar biasa bagi seorang wanita yang baru kehilangan dua anak seminggu yang lalu.

Mugshot Of Darlie Routier

Empat hari selepas video ini ditayang, Darlie ditahan dan didakwa melakukan pembunuhan ke atas dua anaknya.

Semasa perbicaraan, pihak pendakwa raya menggunakan video ini untuk menunjukkan “perangai sebenar” Darlie yang tak ada rasa sedih dan nampak materialistik.

Mereka mengatakan yang tujuan wanita ini membunuh anak-anaknya kerana tanggungjawab yang terlalu besar hingga menghalang wanita ini untuk buat apa yang dia nak.

Peguam bela pula menolak idea ini dengan mengatakan Darlie tak ada motif untuk bunuh anak-anaknya sendiri namun disanggah pendakwa raya mengatakan yang wanita ini tak puas hati sebab dia tak mendapat perhatian seperti sebelum ada anak dulu.

Darlie Routier

Tambah lagi, peguam bela mengatakan, kesan kelar pada leher Darlie hanya dua inci saja dari arteri karotid nya dan ia sangat tak konsisten dengan kesan kelaran yang dibuat sendiri.

Penyokong Darlie juga mengatakan, video sambutan hari jadi itu telah disunting untuk menunjukkan wanita ni seperti seorang yang tak berhati perut padahal pada hari itu wanita ini ada buat upacara mengenang dua anaknya sebelum sambutan itu bertukar menjadi ceria. Tapi part keluarga ni sedih tak ditunjukkan oleh media.

“Devon tak sabar nak sambut hari lahirnya yang ke-7. Saya buat satu-satunya perkara yang saya tahu untuk memberikan penghormatan pada anak saya.

“Macam mana saya nak tahu apa yang saya perlu lakukan bila saya hilang dua anak? Macam mana saya nak tahu apa reaksi yang ‘betul’ saya perlu berikan?”

Darlie Routier dijatuhkan hukuman mati

Darlie Routier Escorted By Authorities

Selepas bertarung di mahkamah, pada 4 Februari 1997, Darlie didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.

Pada tahun 2001, Darlie membuat rayuan hukuman pada mahkamah tapi ia hanya disahkan pada tahun 2003. Empat tahun kemudian, peguam Darlie meminta ujian DNA yang boleh menunjukkan wanita ini tak bersalah dijalankan, tapi hingga hari ini, ujian tersebut tak dibuat.

Kalau korang nak tahu, masa malam kejadian, pihak polis ada jumpa stoking berdarah di belakang lorang tak jauh dari rumah mereka.

Darah pada stoking itu adalah darah dua anak wanita ini. Jadi, pada penyokong Darlie, kalau teori polis mengatakan Darlie berada di rumah sepanjang masa, macam mana stoking tu boleh ada dekat luar?

Adrb2Mxskgkoe5X7Fqfyngo5Py

Hari ini, 23 tahun selepas dua anaknya dibunuh, Darlie masih mengatakan yang dia tak bersalah dan seluruh ahli keluarganya juga masih cuba untuk fight for her.

Saya tak bunuh anak-anak saya. Merepek. Takkan tiba-tiba saya bangun, tikam anak saya dan cuba kelar leher saya sendiri? Come on.”

Ibu dan anak Darlie masih sering melawat wanita ini di penjara dan mereka percaya yang dia tak bersalah.

Sama ada Darlie bercakap benar atau tak kita takkan tahu. Kalau betul Darlie tak bersalah, harapnya ia dapat dibuktikan satu hari nanti.

Sumber: ati, dallasnews

 

Baca: Pembunuhan Kitty Genovese: Dibunuh Luar Apartment, 37 Orang Tengok Tapi Sorang Pun Tak Call Polis?

Screenshot 2019 09 12 At 4.35.24 Pm