Berikutan dengan pandemik covid-19, banyak pusat airlines terpaksa membatalkan penerbangan mereka di beberapa kawasan. Hal ini disebabkan demi menjaga keselamatan penumpang dan pekerja pusat penerbangan tersebut.
Terbaru syarikat penerbangan AirAsia telah memperkenalkan sut PPE baru untuk kru mereka bagi menjalankan penerbangan yang akan disambung semula dalam beberapa hari akan datang, lapor The Star.
Dengan seragam merah panas dan dilengkapi dengan pelindung muka, Air Asia boleh pergi jauh.
Difahamkan, sut ini direka dengan kerjasama oleh pereka fesyen Filipina, Puey Quiñones ini telah diluluskan oleh Jabatan Kesihatan Filipina.
Menurut akaun Instagram Quiñones, pereka yang berpangkalan di Los Angeles itu sibuk merancang dan mengeluarkan pakaian PPE untuk hospital dan juga jenama seperti AirAsia berikutan munculnya coronavirus.
https://www.instagram.com/p/B_XWoBtHYAE/?utm_source=ig_web_copy_link
Ketika penularan wabak ini melanda, beberapa syarikat penerbangan telah menghadapi sedikit kerugian. Seperti yang dilaporkan, Singapore Airlines baru-baru ini membatalkan 96 peratus penerbangannya hingga akhir bulan Jun.
Sementara itu, Richard Branson sedang mencari pembeli Virgin Atlantic Airways untuk mendapatkan wang jaminan kerajaan sebanyak 500 juta pound ( RM 2.7 Billion).
Walaubagaimanapun, AirAsia mengumumkan mereka akan meneruskan penerbangan domestik yang akan bermula dengan:
- Malaysia pada Rabu (29 April)
- Thailand pada Jumaat (1 Mei)
- India pada Isnin (4 Mei)
- Indonesia pada Khamis (7 Mei)
- Filipina pada Sabtu (16 Mei)
Penerbangan ini tertakluk pada kelulusan dari pihak berkuasa.
Tahniah AirAsia, dengan seragam PPE ni, kita dapat memutuskan rantaian covid-19.
Baca: “Sumpah lawak setiap kali dia cakap” – Penumpang Terhibur Dengan Pengumuman Krew AirAsia Ini