in

“Dapat hidayah dlm mimpi” – DJ Spinner Dipuji, Padam Semua Gambar Seksi di IG & Terus Berhijab Lepas Peluk Islam

Dj Masuk Isle

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama DJ terkenal Indonesia, Nathalie Holscher menjadi bualan ramai netizen di negara itu selepas penampilan terbarunya mendapat perhatian dan pujian ramai.


 

Peluk Islam lepas dapat hidayah dalam mimpi, direstui keluarga

Nathalie telah memeluk agama Islam pada Selasa lalu selepas sekian lama menyimpan impian bergelar muslim sehinggalah dia akhirnya mengambil langkah baru dalam hidupnya.

Menurutnya juga, dia akhirnya membuat keputusan untuk peluk agama Islam selepas mendapat hidayah melalui mimpi di mana seorang lelaki mengucap syahadah.

“Sebenarnya dah lama (mahu peluk Islam), sebelum ini pernah pakai telekung mereka semua kata Subhanallah… saya tanya apa ertinya dan mereka jelaskan.”

“Sampai di rumah saya terus tidur, tiba-tiba didatangi mimpi yang saya tak pasti dan ditelinga ada suara biasa saya dengar dari masjid bergema begitu kuat.”

Suara seorang lelaki mengucap syahadah begitu!”

Nathalie turut bersyukur keputusannya itu mendapat restu daripada keluarganya apatah lagi kakaknya juga telah memeluk Islam terlebih dahulu.

“Ya saya ada tanya-tanya orang mengenai mimpi itu. Mereka kata itu dapat hidayah, tapi itu (hidayah) sudah lama (terima).”

“Keluarga saya ada yang muslim iaitu kakak kandung… ibu bapa saya tahu, keluarga semua tahu dan tiada masalah.”

 

Istiqomah terus bertudung, padam gambar seksi

Selepas memeluk Islam, Nathalie menerima pujian ramai netizen di Indonesia apabila dia dilihat terus ubah penampilan dengan berhijab. Bukan itu saja, menurut mStar, dia juga telah padam semua foto lama di Instagram.

Melalui Instagram, Nathalie bukan saja dipuji kerana berhijab malah kerana turut berpakaian sopan dengan menggayakan baju longgar.

View this post on Instagram

first ??‍♀️

A post shared by NATHALIE HOLSCHER ???? (@nathalieholscher) on

Turut timbul gosip mengatakan dia kini menjalinkan hubungan cinta dengan pelawak Indonesia, Sule. Desas desus itu mula timbul selepas Sule dilihat menjadi saksi ketika Nathalie mengucapkan dua kali syahadah Selasa lepas.

Baca: “Mantap Rhys!” – Menulis Buku 100% Dalam BM, Youtuber Rhys William Dipuji Netizen Kerana Martabat Bahasa Melayu

Rhys William

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.