in

“Mantap Rhys!” – Menulis Buku 100% Dalam BM, Youtuber Rhys William Dipuji Netizen Kerana Martabat Bahasa Melayu

Rhys William

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, walaupun Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara kita, ia sering dipinggirkan generasi sekarang kerana ramai yang berfikiran Bahasa Inggeris penting untuk dikuasai kerana ia lebih ‘international’.


Sungguhpun begitu, seorang Youtuber Mat Salleh, Rhys William telah membuat kelainan apabila menghasilkan sebuah buku yang ditulis olehnya sendiri 100% dalam BM! Wow! 

View this post on Instagram

Raya kan sebulan? ??

A post shared by Rhys William (@si_rhys) on

Bagi mereka yang mengenali Rhys, ramai tahu yang Mat Salleh seorang ni memang fasih bercakap BM tau. Tapi tak sangka pulak dia pandai menulis BM juga ye!

Menerusi perkongsian Rhys di Instagram, Youtuber ni nak bagitahu yang dia dah terbitkan buku bertajuk ‘Youtube 3 Langkah’ yang merangkumi bagaimana beliau mengembangkan channel Youtubenya sehingga mencecah 250,000 subscribers.

View this post on Instagram

Alhamdulillah… Rhys "penulis buku" William ? . Tak sangka pula Rhys boleh menulis buku, lagipun menulis buku sendiri 100% dalam Bahasa Melayu. . Masa mula² belajar BM tak pernah fikir pun saya akan tulis buku satu hari nanti. Syukur Alhamdulillah. . Memperkenalkan "YouTube 3 Langkah" Sebuah buku yang merangkumi bagaimana saya mengembangkan YouTube channel sehingga 250,000 subscribers, dan bagaimana sesiapa orang lain pun boleh mula dan berjaya sebagai "YouTuber". Satu panduan lengkap, langkah demi langkah, untuk orang berminat dengan YouTube. . Sekarang "YouTube 3 Langkah" boleh didapati dalam bentuk "Ebook". Boleh dapat dari www.youtube3langkah.com . Rhys nak ambil peluang ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua orang yang menyokong rhys dalam perjalanan ni dan tak sabar dengar feedback korang semua yang baca buku rhys ini ? . #matsallehcarimakan #youtube3langkah #alhamdulillah #rezeki

A post shared by Rhys William (@si_rhys) on

So kalau korang nak jadi macam Rhys, haa apa lagi… bolehlah dapatkan buku ni! Cayalah Rhys! 

 

“Terima kasih kerana sudi memartabatkan Bahasa Malaysia” 

Perkongsian Rhys tersebut telah mendapat respon positif netizen yang berterima kasih kepada Youtuber itu kerana memartabatkan Bahasa Melayu. Tak sangka Mat Salleh pun dah boleh keluarkan buku dalam BM tauuu!

Ribuan

Tahniah Rhys! 

Baca: “Baku betul bahasa dia” – Netizen Terpegun Tengok Ucapan PM Singapura Dalam Bahasa Melayu

Singapore

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.