Dakwa Pameran Baju Berwarna-Warni Sebagai Simbol LGBT, Warganet Anggap Golongan Ini ‘Kaki Claim’?

Tambah ke Sumber Pilihan
Dakwa Pameran Baju Berwarna-Warni Sebagai Simbol LGBT, Warganet Anggap Golongan Ini ‘Kaki Claim’?

Umum mengetahui, bendera pelangi menjadi simbol buat golongan LGBT untuk melambangkan identiti dan kebanggaan mereka. Untuk itu, apa-apa kempen dan gerakan yang melibatkan LGBT akan menggunakan warna-warni sebagai simbol kepada golongan ini.

Bangga Uniqlo pamer baju warna-warni


Baru-baru ini, seorang individu ada memuat naik satu ciapan beserta gambar yang menunjukkan butik Uniqlo mempamerkan pakaian mereka dengan baju pelbagai warna.

Dakwa individu ini, dia berasa gembira kerana pameran baju oleh Uniqlo tersebut melambangkan identiti LGBT memandangkan butik itu menggunakan pelbagai warna seperti pelangi yang sama seperti warna bendera LGBT.

Xx

A

Sambung individu ini, dia tidak akan mendedahkan lokasi Uniqlo tersebut kerana tidak mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mesej yang cuba disampaikan oleh Uniqlo.

Warganet anggap individu ini syok sendiri

Ciapan individu ini ternyata mendapat perhatian warganet dan tular di Twitter. Bagaimanapun, ramai yang menyangkal dakwaan individu ini dan menganggap dia hanya syok sendiri berkenaan dakwaan pameran baju yang membawa mesej LGBT itu.

Jelas warganet, rata-rata butik akan mempamerkan pakaian dengan pelbagai variasi rekaan dan warna untuk menarik minat pelanggan. Malah, cara ini sudah diamalkan sejak dulu lagi sebagai teknik pemasaran.

“Uniqlo dari dulu lagi memang ada colour order and colour code. Compare dengan fast fashion yang lain. Uniqlo lagi banyak pilihan colour. Tu je aku rasa.”, komen seorang individu berkenaan isu tersebut.

“Payahlah asal warna-warni je berkait dengan LGBT. Kaki claim betul lah”, tulis seorang warganet berkenaan warna pelangi yang dikaitkan dengan LGBT.

Meskipun sudah banyak gerakan yang membawa agenda LGBT di Malaysia, namun kita tidak sewajarnya menuduh apa-apa bentuk warna pelangi sebagai satu ideologi LGBT.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

BACA: Chris Evans Pertahan Lightyear, Dakwa Individu Kecam Babak LGBT Bodoh & Akan Pupus Macam Dinosaur

Cover 4

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Hafiz Ahmad
Lagi tulisan Hafiz
Penggemar ayam 4Fingers.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Dakwa Pameran Baju Berwarna-Warni Sebagai Simbol LGBT, Warganet Anggap Golongan Ini ‘Kaki Claim’?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dakwa-pameran-baju-berwarna-warni-sebagai-simbol-lgbt-warganet-anggap-golongan-ini-kaki-claim/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM