in ,

“Dahlah hensem, baik pula tu”- Tengku Hassanal Berkenan Sumbang Elaun Diraja Selama 6 Bulan Ke Tabung Covid-19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Lobak Merah ada menulis artikel mengenai perkenan oleh Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk tidak bayar emolumen Diraja kepada Seri Paduka Baginda berdua selama enam bulan.


Keputusan itu nyata disambut baik ramai pihak dan mengakui baginda berdua sebagai Raja dan Permaisuri yang dekat di hati rakyat.

Hari ini anakanda baginda, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal berkenan tidak menerima Elaun Diraja selama enam bulan mulai April untuk disumbangkan ke Tabung COVID-19 Pahang, lapor Bernama.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal berkenan tidak menerima Elaun Diraja selama enam bulan mulai April untuk disumbangkan ke Tabung COVID-19 Pahang – Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang

Posted by BERNAMA on Tuesday, March 31, 2020

Perkara itu disahkan oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang.

Rata-rata netizen mengucapkan syukur atas perkenan Pemangku Raja Pahang itu, malah tindakan  mulia Tengku Hassanal mendapat pujian.

 

Syukur alhamdulillah!

Baca : “Truly a king” – YDP Agong  Raja Permaisuri Berkenan Tidak Dibayar Emolumen Diraja Selama 6 Bulan

 

Sumber: facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.