in

“Truly a king” – YDP Agong & Raja Permaisuri Berkenan Tidak Dibayar Emolumen Diraja Selama 6 Bulan

Feature 4 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan kes wabak Covid-19 yang boleh menyebabkan ekonomi negara terjejas, ramai pihak yang telah menyumbangkan sedikit sebanyak untuk membantu golongan yang terjejas.


Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan bahawa gaji jemaah menteri akan dipotong selama dua bulan untuk disumbangkan ke tabung COVID-19. Alhamdulillah.

Namun, kali ini admin nak kongsikan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga berkenan agar kerajaan tidak perlu membayar emolumen Diraja kepada Seri Paduka Berdua selama enam bulan, lapor Harian Metro.

Raja

Dalam bahasa mudah, emolumen ini boleh diibaratkan seperti gaji.

Difahamkan, emolumen tersebut tidak perlu dibayar bermula Mac sehingga Ogos tahun ini.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda berdua mahu menyalurkan wang tersebut kepada orang yang lebih memerlukan.

Raja 1

Selain itu, difahamkan ia juga bertujuan untuk meringankan beban kerajaan untuk menghadapi wabak Covid-19. Terima kasih Tuanku. 

Daulat Tuanku.

Baca: “Tak pernah berlaku” – Agong Cemar Duli ‘Join’ Roadblock Dekat Sekitar KL Sambil Nasihatkan Orang Ramai

Agong 1 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.