in

“Dah tau aib, buang lah posting” – Upload Statement di Instagram, Netizen Buat Spekulasi PU Syed Balas Video Nabila Huda

Nabila Syed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Nabila Huda telah muat naik gambar dengan seekor anjing jenis Husky di Instagram dan ianya mendapat perhatian penceramah bebas, PU Syed.


Kurang senang dengan gambar dan tindakan Nabila itu, PU Syed memberi teguran melalui media sosial miliknya mengatakan fenomena terbabit mendatangkan fitnah pada diri serta agama.

Kot ya artis ini bermazhab lain selain Mazhab di Malaysia, toksahlah duduk up gambar sebegitu rupa.”

Saya Dah Samak.Itu kata² Nabila Huda bila dia memuat naik gambarnya bersama seekor anjing.Fenomena membuat sesuatu…

Posted by PU Syed on Wednesday, October 30, 2019

Dari adegan sentuh menyentuh, peluk memeluk sehingga perkara-perkara dosa lain yang sering mereka ulang dan tanpa rasa rasa bersalah dipertontonkan kepada peminat mereka.”

Selepas itu, Nabila Huda pula tampil memberi respon dan penjelasannya sendiri melalui IGTV di Instagram. Menurut Nabila, PU Syed tak perlu pun nak menegur dia tentang tindak tanduknya kerana itu dosanya sendiri.

Encik Syed, itu Instagram saya. Jadi suka hati sayalah nak post apa pun. Kalau awak rasa berdosa ke, itu dosa saya. Saya yang tanggung.”

Terbaru, PU Syed muat naik screenshot kenyataan panjang lebar di Instagram yang merujuk kepada isu menormalisasikan dosa dan maksiat. Bersama gambar itu, PU Syed menulis caption,

Kena beza antara cegah kemungkaran dgn mendedah keaiban.”

Jika dah tahu itu aib, bawa bawalah buang posting posting yang boleh mendatangkan fitnah pada diri dan agama.”

Katanya, teguran itu bukan bermakna dia inginkan populariti tetapi sekadar tanggungjawab. Walaupun tak dinyatakan, netizen membuat spekulasi bahawa kenyataan itu ditujukan kepada Nabila Huda.

Rata-ratanya memberi sokongan dan berharap PU Syed tidak berhenti untuk terus berdakwah.

Moga hal ini dapat diselesaikan dengan baik…

Baca: “None of your buisness” – Nabila Huda Jawab ‘Teguran’ Oleh Pu Syed Pasal Gambar Pegang Anjing

Feature Image Abil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.