in

“Buka rahsia kamar atas nama ilmu?” — PU Syed Tegur Podcast Pasangan Doktor Bincang Hal Intim

Syaz Ft 2026 09 02T115456.119

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil menyuarakan kebimbangan beliau berhubung tindakan sebilangan pihak yang didakwa semakin terbuka membincangkan perkara sulit dan berahi membabitkan hubungan suami isteri di platform digital.

Menerusi satu hantaran di media sosial, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak mendedahkan beliau menerima makluman mengenai sebuah program podcast yang dikendalikan pasangan berstatus doktor.


Artikel berkaitan: “Nasihat ambe nikah lah” – PU Syed Tegur Adegan Mesra DSV & Dato’ Fazley

Artikel berkaitan: “Melawak tak betul” – Isu Gurauan Pasal Nabi, PU Syed Nasihat YouTuber Bertaubat

Jelasnya, program berkenaan dilihat secara terang-terangan membicarakan perihal intim atau hal kamar atas alasan mahu mendidik dan berkongsi ilmu kepada masyarakat.

“Ambe (saya) tertanya-tanya, adakah pada zaman sekarang ini semua perkara mesti diajar secara terbuka kepada umum sehingga perkara yang sepatutnya menjadi rahsia antara suami isteri pun dibicarakan secara publik?

Atas nama pendidikan? Atas nama ilmu? Atas nama perkongsian? Tidak semua perkara yang benar itu mesti diceritakan kepada semua orang dan tidak semua perkara yang boleh dibincangkan, wajar dibincangkan secara terbuka,” katanya.

Mengulas lanjut, PU Syed menegaskan bahawa ajaran Islam tidak pernah menggalakkan umatnya terlalu terbuka dalam hal-hal yang menyentuh soal maruah, aurat, serta hubungan intim.

Sebaliknya, agama mendidik masyarakat untuk sentiasa memelihara sifat malu dan menjaga kerahsiaan rumahtangga.

“Jangan sampai kita terlalu ghairah mahu mendidik masyarakat sehingga sempadan antara ilmu dan membuka aib, antara pendidikan dan pendedahan perkara sulit, antara manfaat dan mudarat sudah tidak lagi dipedulikan.

Jangan kerana mahu mengejar tontonan, pendengar dan populariti, perkara yang dahulunya dianggap memalukan akhirnya dipaksa menjadi sesuatu yang ‘normal’,” tegasnya lagi.

Meskipun menyedari kepentingan ilmu rumahtangga, beliau menyarankan agar penyampaian sesuatu topik itu dibuat menerusi pendekatan yang lebih berhikmah dan beradab tanpa perlu mengikis rasa malu, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Bagaimanapun, PU Syed memilih untuk tidak memetik atau mendedahkan nama podcast berkenaan bagi mengelakkan teguran tersebut menjadi saluran promosi secara tidak langsung kepada rancangan terbabit.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.