in

“Dah sendu tu diam je lah” – Netizen Bengang Zed Zaidi Sebar Berita Palsu, Gesa SKMM Ambil Tindakan

Collage 52

Seperti Influenza A yang buat ramai orang panik hingga semua vaksin di hospital dan klinik habis, begitu juga dengan coronavirus ini. Sebab tu, kerajaan dah bagi warning awal-awal minta orang awam untuk jangan sebar maklumat palsu hingga boleh cetuskan keadaan huru-hara.

Nampaknya warning dari kerajaan ini tak diendahkan oleh pelakon yang pernah popular dengan drama Sembilu ini…

Baru-baru ni, Zed Zaidi telah memuatnaik gambar di Twitter menunjukkan berita mengatakan semua negara telah menghalang kemasukan rakyat China kecuali Malaysia.

Yang tak bestnya, gambar yang Zed Zaidi kongsikan ni memang terang lagi bersuluh ia bukan datang dari berita sebenar. Ia dibuat dari aplikasi reka berita sendiri. Korang tengok je lah, dekat gambar dia upload ni, siap ada watermark “breakyourownnews.com” kot…

Epqybzzuyaecp A

Ekoran dari tweet pelakon ini, ramai netizen menggesa SKMM dan PDRM mengambil tindakan ke atas Zed Zaidi ini kerana telah menyebarkan berita palsu.

Screenshot 2020 01 28 At 11.15.23 Am

Bukan tu je, ada juga netizen yang gigih buat berita sendiri dengan menukar tajuk menyelar tindakan Zed Zaidi ni.

Eps2Pygvaaqfhv7 Epsjgzsueaaehkn Epssn07U0Aajqnz

Pun begitu, sehingga kini Zed Zaidi yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia ini masih belum memadam tweet tersebut.

Admin nasihat, korang pilihlah berita dulu dan check kesasihan sebelum sebar di media sosial atau group sebelah ya?

 

Baca: “Takde jalan keluar” – Terkandas di Wuhan Dengan Coronavirus, Kerajaan China Tak Bagi UK Bawa Rakyat Pulang

Screenshot 2020 01 28 At 11.22.36 Am