in

Dah Boleh Rentas Daerah! 7 Tempat Berkelah & Staycation Menarik di Selangor Korang Boleh Pergi

Destinasi Percutian Di Selangor Sungai Hutan Menarik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas berbulan-bulan terperuk di rumah, warga Lembah Klang akhirnya bersorak gembira lepas kerajaan umumkan yang mereka kini berada di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.


Ini bermakna korang yang tinggal di Selangor, KL dan Putrajaya dah boleh merentas daerah dan bercuti bersama keluarga di dalam negeri.

Berikut admin suggestkan 7 lokasi best untuk berkelah dan staycation yang korang boleh pergi untuk tenangkan diri lepas sekian lama dapat keluar berjalan-jalan.

 

1. Dusun Bonda Hulu Tamu, Batang Kali 

Kawasan yang terletak di Batang Kali, Selangor ini sangat sesuai bagi mereka yang minat glamping di tepi sungai dengan khemah ala premium yang selesa dan lengkap dengan segala kemudahan.

Selain glamping, di Dusun Bonda korang boleh jungle trekking pada waktu pagi dan menikmati kolam air panas serta memancing di sana. Pendek kata, percutian korang memang terisi lah kalau ke sana!

223430176 232054425587918 5396043590408603351 N

218389692 232054405587920 5166661400108729828 N

 

2. The Nahara Kalumpang, Hulu Selangor 

Ambil masa 45 minit perjalanan dari Rawang, tempat yang terletak berdekatan dengan sungai ini sesuai untuk korang berkelah bersama keluarga dan teman-teman.

Dekat sini ada juga disediakan chalet dan tapak perkhemahan tapi kalau nak lebih selesa boleh juga sewa sebuah villa yang lengkap dengan kemudahan seperti Wi-Fi, TV, barangan dapur dan bilik dengan dekor yang cantik.

E Fwdkmveamfq6T

 

3. Rumah Hutan Bonda Rozita 

Diasaskan oleh ibu Aliff Syukri, Bonda Rozita, Rumah Hutan ini ada kelainan sikit berbanding tempat staycation yang lain sebab selain menyediakan perkhidmatan chalet tepi sungai, korang juga boleh rehatkan diri dengan servis urutan di sana.

Dengarnya, di sana juga ada warung makan yang menyediakan makanan sedap-sedap dari sumber ikan sungai yang fresh. Wah! 

 

4. Rumah Kebun, Hulu Langat 

Tercari-cari tempat istirehat hujung minggu yang sesuai bersama keluarga terutamanya yang ada anak-anak, Rumah Kebun ni antara destinasi yang tepat sebab ia ada kolam renang khas dari air yang disalurkan dari Sungai Semungkis. Boleh anak-anak korang berendam lama-lama dalam tu kan.

Di sini juga ada treehouse dan resort yang boleh memuatkan sehingga 16 orang.

39E0B6A0 5005 44E0 8949 F5686A79Cf50

95810Fa1 D680 4B1F B268 6A400Cc67594

 

5. Kuang Kampung Retreat, Sungai Buloh 

Rekaan rumah tradisional yang dihias dengan pokok botani dan bunga-bunga yang cantik ialah kelebihan yang ada di Kuang Kampung Retreat yang hanya 30 minit jauh dari Kuala Lumpur.

Tapi ini bukan sembarangan rumah kampung tau. Dalam rumah tersebut ada pool indoor yang kalau korang sekali pandang, eh macam rumah dalam drama Nur lah!

Sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan di tengah-tengah hiruk pikuk kota.

Rumah Nur

Kuangkampung 05

 

6. Glamgoat Aman Dusun Farm, Hulu Langat 

Kalau rasa tempat percutian yang ada sungai dan di dalam hutan itu sudah biasa, korang boleh cuba kunjungi ke resort ini pula yang mempunyai ladang kambing di dalamnya.

Pemilik retreat ini katanya membuka peluang kepada kambing yang baru bersalin untuk berehat di ladang ini sebelum mereka dikembalikan ke ladang utama. Dekat sini juga korang boleh bermain ping pong, badminton, memancing dan bakar BBQ pada waktu malam.

107480668 2748873195214878 3161877839235302901 N

106551846 2737068699728661 3421645406733260782 N

 

7. Bee River Home, Hulu Langat 

Pemilik bagi resort ini hanya menyediakan dua buah rumah buat pengunjung iaitu Bee dan Bee2 yang mana kedua-dua buah rumah ini akan dikelilingi kawasan semulajadi bersama haiwan seperti ayam, itik dan kambing.

Antara aktiviti lain yang boleh dibuat di sini ialah memancing, nikmati buah-buahan tempatan yang korang boleh beli di gerai, berpiknik dan beri haiwan makan. Bee River Home ini katanya akan mula beroperasi kembali pada Oktober 2021. Jadi dalam pada tu korang bolehlah start kumpul duit dari sekarang.

Jom staycation hujung minggu ni! Boleh juga relax-relaxkan minda dari kesibukan kerja bersama keluarga dan anak-anak. 

Baca: Bos Sempoi, Bawa Staff Warga Pakistan Food Hunting & Lepak Di Hotel 4 Bintang

Sempoi

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Airbnb
Sumber: Airbnb
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.