in

“Kelonggaran bagi individu lengkap 2 dos vaksin akan diumum selepas Aidiladha”- TPM

Dua Dos Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan dikhabarkan bakal mengumumkan kelonggaran kepada individu yang telah lengkap mendapat 2 dos suntikan vaksin Covid-19 selepas Hari Raya Aidiladha menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri tersebut selepas pelancaran inisiatif Mindef Prihatin, di Wisma Pertahanan hari ini.

Tpm 1

Beliau berkata, jawatankuasa teknikal sedang meneliti kelonggaran serta kebenaran yang bakal diberikan kepada golongan yang telah mendapat dua dos suntikan vaksin tersebut nanti.

Dalam sidang media berkenaan juga, difahamkan ada beberapa jenis kelongaran yang sedang dalam proses perincian dan bakal diumumkan selepas perayaan Aidiladha yang bakal disambut oleh umat islam esok.

“Kita juga sedang mengkaji sektor perniagaan mana yang boleh dilonggarkan nanti”

Antara yang disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri tersebut termasuklah kelonggaran dari segi pergerakan serta jenis sektor perniagaan yang bakal dilonggarkan sesuai dengan penelitian yang dibuat oleh jawatankuasa teknikal tersebut.

Sjr Tol 960X639 1

Bagi mereka yang tidak dapat divaksin atas faktor kesihatan pula, Ismail Sabri berkata perkara tersebut bakal dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu, beliau turut menjawab persoalan tentang cadangan kenaikan kompaun kepada kilang yang melanggar SOP dengan mengatakan bahawa jumlah kompaun yang dikenakan sekarang ini adalah tertakluk dibawah pindaan Ordinan Darurat.

Difahamkan, menurut Ordinan Darurat, nilai kompaun telah dinaikkan kepada RM50,000 daripada RM1,000 oleh kerajaan kepada kilang-kilang yang didapati melanggar SOP dibawah akta 342, dan nilai kompaun ini, akan kembali ke asal setelah darurat tamat pada Ogos nanti, jelas Ismail lagi.

Sumber : Harian Metro

Baca : Kedai Jual Komputer, Servis Telekomunikasi, Buku & Alat Tulis Dibenar Beroperasi Bermula Hari Ini

Komop

Sumber: Harian Metro
Sumber: Selangorkini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.