“Comelnyaaa” – Aksi Paus Beluga Main Bola Dengan Manusia Ini Buat Netizen Terhibur

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Paus Beluga adalah sejenis hidupan laut yang boleh dijumpai berdekatan dengan perairan yang suhu rendah. Warna putih pada badannya memang signifikan dan boleh buat kita kenal dari jauh.

Baru-baru ini tular video seekor paus beluga liar bermain bola dengan seorang manusia. Aksi paus beluga tersebut berjaya memukau netizen. Korang boleh tengok video kat bawah ni untuk tengok sendiri aksi paus beluga tu.

Comel betul

Siapa sangka haiwan liar macam tu mempunyai sisi mesra dan comel yang boleh berinteraksi kepada manusia. Admin masih tak pasti macam mana boleh tercetusnya aksi yang unik dan menarik macam ni.

Betul, spesis mamalia dalam air ni memang pandai. Ada admin pernah tengok dorang tolong selamatkan telefon sorang perempuan yang terjatuh dalam laut ni. Bijak betul!

Walaupun tu ialah bola ragbi, tapi nasi baiklah tak main macam ragbi. Kalau tak, memang hancur lah bot tu kena rempuh berkali-kali. 

Kann.. admin pun rasa comel gila paus beluga tu. Memang terhibur tengok dia main-main macam tu. Happy je nampak dia main bola.

 

Baca: “Apa lagi kejutan dari Terengganu” – Paus Pilot Sirip Pendek Pula Dikesan Di Perairan Besut Sedang Buru Sotong

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.