in

[Video] Terlampau Rindu, Anak Kecil Tidur Sambil Peluk Baju Terakhir Arwah Ayah

Fi Baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan orang yang tersayang sememangnya berat untuk diterima. Lagi-lagi jika perkara itu perlu dihadapi oleh anak kecil yang masih memerlukan kasih sayang daripada orang tuanya.


Seperti kisah yang nak dikongsi ini, seorang wanita merakam anaknya yang sedang tidur sambil memeluk baju arwah suaminya.

 

Terlampau rindu

Perkara ini telah dimuat naik oleh pemilik akaun nurrr377 di aplikasi TikTok.

Dalam video itu menunjukkan anak perempuannya yang sedang tidur, sambil memeluk baju terakhir yang dipakai oleh arwah suaminya sebelum pergi dijemput ilahi.

Perkongsian ini telah tular dan setakat ini telah memperoleh hampir 50k tontonan.

@nurrr377

Kalau anak2 lain,blh rasa pelukan hangat papa .tp anak2 ibu hanya mmpu peluk baju terakhir arwah papa pakai. ? #fyp #allahujitandaallahsayang

♬ rintihan rindu – Adek Nurul

Menurut wanita yang bernama Nik Nur Khuzaimah ini juga, baju tersebut tidak pernah dibasuh kerana ia adalah satu-satunya barangan yang boleh dipeluk anak-anaknya untuk melepaskan rindu kepada arwah bapa mereka.

 

Tabah dengan ujian Allah SWT

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan supaya urusan keluarga ini dipermudahkan dan ada yang turut memberi kata-kata semangat kepada wanita tersebut.

Baju 1 Edit

Baju 2 Edit

Baju 3 Edit

Min doakan, siapa-siapa yang melalui perkara yang sama supaya sentiasa kuat dengan ujian diberi.

Sumber : TikTok

 

Baca : Tak pernah minta apa-apa dekat ayah; [VIDEO] Gadis Menangis Dapat Hadiah Birthday Gelang Emas Dalam Kotak Facemask

Foot Baju

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.